Rangka kerja Jabatan Pertanian Malaysia |
29 Januari 2019, Selasa – Dalam menyahut cabaran dalam
sektor agromakanan negara, Jabatan Pertanian telah mengorak langkah yang drastik
dalam pembangunan industri pertanian negara.
Dalam Majlis Rangka Kerja Jabatan Pertanian 2019, YBhg Dato’
Jamal Harizan Yang Razali, Ketua Pengarah Pertanian telah menyampaikan 4
cabaran, 4 sasaran industri dan 16 fokus yang akan diberi tumpuan oleh semua
warga kerja Jabatan Pertanian di seluruh Malaysia dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik buat seluruh golongan sasar dalam industri agromakanan negara.
Antara sasaran industri yang bakal mengubah landskap sektor
agromakanan negara adalah :
Perkasa Industri Padi Negara |
i.
Industri Padi Negara – Dalam memperkasakan lagi industri padi negara, Jabatan Pertanian telah merangka beberapa langkah yang holistik bagi
merancak dan melonjakkan pengeluaran padi negara melalui :
a.
Kempen Penggunaan Benih Padi sah
b.
Pematuhan Rice Check
c.
Farmer Field School
d.
Memperluas Konsep Mini Estet/Kluster Padi
e.
Menggalakkan Pesawah Mendapatkan Pensijilan
myGAP
Pembangunan Industri Buah-buahan |
ii.
Industri Buah-Buahan Negara – Dalam mengukuhkan
lagi pengeluaran buah-buahan tempatan 3 strategi telah dirangka iaitu :
a.
Pengeluaran Benih Premium & Berkualiti
b.
Memulihkan Kawasan mengikut Kluster Melalui
Pakej Teknologi
c.
Menggalakkan Usahawan Mendapatkan Pensijilan
myGAP.
Pembangunan Industri Sayuran |
iii. Industri sayur-sayuran Negara – bagi meningkatkan
produktiviti sayuan yang berkualiti dan selamat dimakan, 3 strategi dirangka
dan akan dilaksanakan untuk peningkatan pengeluaran dan penambahan pendapatan
usahawan iaitu :
a.
Pengeluaran Benih Premium & Berkualiti
b.
Memulihkan Kawasan Mengikut Kluster Melalui
Pakej Teknologi
c.
Menggalakkan Usahawan Mendapat Pensijilan myGAP
Pembangunan Industri Kelapa |
iv.
Industri Kelapa – Bagi mengurangkan import
kelapa negara, Jabatan Pertanian mensasarkan pengeluaran 517 000 tan setahun
iaitu 7.3 tan/hektar memalui :
a.
Pengeluaran Benih Kelapa Varieti Terpilih
b.
Pemulihan Kawasan Sedia Ada
c.
Tanam Semula Kawasan Sedia Ada
d.
Integrasi Dengan Tanaman lain
Bagi merealisasikan sasaran tersebut, Jabatan Pertanian
telah menggariskan 16 fokus yang harus dilaksanakan bagi setiap lapisan
kakitangan diperingkat negeri dan daerah. Antara 16 fokus tersebut adalah :
Fokus 1 : Memaksimakan Pelaburan Di Zon Pertanian Strategik
Fokus 2 : Menjana Pendapatan Usahawan Melalui Projek
Pertanian Rakyat
Fokus 3 : Pembangunan Industri Benih
Fokus 4 : Melaksanakan Amalam Pertanian Baik
Fokus 5 : Mengukuhkan Kerjasama Antara Penyelidik dan
Pegawai Bimbingan Lapangan (APT)
Fokus 6 : Melibatkan Sektor Swasta Dalam Perkhidmatan
Pengembangan
Fokus 7 : Memperkasa Kerjasama Strategik Melalui Konsep MOA
Inc.
Fokus 8 : Mengkaji & Memastikan Supaya Akta Sedia Ada
Memenuhi Keperluan Semasa
Fokus 9 : Meningkatkan Kompetensi Pegawai Pengembangan
Pertanian
Fokus 10 : Pembangunan Industri Tanaman Berpotensi
Fokus 11 : Pembangunan Industri Jagung Bijian & Pengeluaran Rumpt Napier
Fokus 12 : Pembangunan Agropreneur Muda
Fokus 13 : Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani
Fokus 14 : Program Pembangunan Ladang Kontrak
Fokus 15 : Pengharaman Racun Paraquat
Fokus 16 : Soil Profiling untuk tanah sawah di seluruh Malaysia
Diharap dengan kerjasama yang padu dari seluruh wargakerja
Jabatan Pertanian untuk merealisasikan impian dan harapan dalam pembangunan
sektor agromakanan negara serta meningkatkan pendapatan golongan sasar agar
dapat keluar dari kelompok kemiskinan dan karier dalam bidang pertanian bukan
saja dipandang sepi tetapi ianya menjadi satu sumber rezeki baru buat setiap
lapisan masyarakat Malaysia.
Berdasarkan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh YB Dato' Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam memperkasa nilai dan integriti,
menambahbaik sistem penyampaian dan memantapkan strategi antara Jabatan dan
Agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sejajar dengan
seruan YBhg Datuk Seri Dr. Ismail Bin Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara agar
penjawat awam sentiasa berpegang kepada prinsip pembaharuan yang berterusan,
memodenisasikan penyampaian perkhidmatan, perkhidmatan yang mesra rakyat,
cabaran persekitaran global, penjawat awam harus bersatu dan “Do the right
thing, right the first time”.
Perutusan KSN sempena Tahun Baru 2019 |
Akhir kata dalam ucapan YBhg Dato’ Ketua Pengarah Pertanian
agar semua warga Jabatan Pertanian Malaysia memegang prinsip yang sama dalam
melaksanakan tugasan kita seharian dengan memastikan pengeluaran yang cukup,
berkualiti dan selamat dimakan.
Oleh : Yunif Ibrahim Ahmad
29 Januari 2019
AJO_QQ poker
ReplyDeletekami dari agen poker terpercaya dan terbaik di tahun ini
Deposit dan Withdraw hanya 15.000 anda sudah dapat bermain
di sini kami menyediakan 8 permainan dalam 1 aplikasi
- play aduQ
- bandar poker
- play bandarQ
- capsa sunsun
- play domino
- play poker
- sakong
-bandar 66 (new game )
Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
PROMO MENARIK
di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot) Anda Menang berapapun Kami
Bayar tanpa Maksimal Withdraw dan Tidak ada batas maksimal
withdraw dalam 1 hari.Bisa bermain di Android dan IOS,Sistem pembagian Kartu
menggunakan teknologi yang mutakhir dengan sistem Random
Permanent (acak) |
Whatshapp : +855969190856