PENDAHULUAN
Rice Check adalah
panduan untuk menguruskan tanaman padi mengikut sasaran yang ditetapkan. Setiap
Check Utama mesti dipatuhi untuk pertumbuhan yang baik ke arah peningkatan
produktiviti dan kualiti. Pemantauan dan pemerhatian pokok padi dan status
sawah pada setiap peringkat pertumbuhan, pengurusan air, pengurusan pembajaan,
serangan rumpai dan perosak serta diperingkat penuaian padi adalah penting
untuk mengenalpasti masalah dan mengambil tindakan penyelesaian yang
sewajarnya. Pertumbuhan tanaman perlu diperhati, diukur dan data disimpan untuk
panduan pengurusan musim selanjutnya. Kita perlu belajar daripada pengalaman
dan mengambil tindakan yang sesuai untuk meningkatkan pengurusan ladang setiap
musim
CHECK UTAMA 1
PENENTUAN KESESUAIAN TANAH
Pastikan pH Tanah
Sawah Tidak Berasid (Masam) Dan Keupayaan Pertukaran Kation (KPK) Yang Sesuai Bagi
Mendapatkan
Pertumbuhan Pokok Padi yang Optimum
1. Dapatkan bantuan Pegawai Pengembangan untuk menentukan keasidan
tanah. pH tanah yang optimum untuk ketersediaan nutrien adalah
pH 5.5-6.5. Pengapuran diperlukan jika pH kurang daripada 5.0.
Nilai pH
|
Tahap
|
Kapur GML (t /ha)
|
≥ 5.0
|
Mencukupi
|
Tiada
Pengapuran
|
4.50 – 4.99
|
Sedikit berasid
|
1.0
|
3.51 – 4.49
|
Berasid
|
3.0
|
≤ 3.50
|
Sangat Berasid
|
5.0
|
Jadual 1: Keperluan kapur mengikut
pH tanah
Nota : Dalam keadaan terendam bacaan pH boleh meningkat. Sebagai
contoh pH 5.0 boleh meningkat kepada pH 5.5
2.
Keupayaan Pertukaran Kation (KPK atau CEC) yang sesuai ialah 20 cmol(+)/kg
tanah.
3. Tanah yang mempunyai KPK kurang daripada 10 cmol(+)/kg, tanah perlu
dirawat menggunakan bahan organik (Contoh: kompos) dan bahan pemegang nutrien
(Contoh : zeolite).
CHECK
UTAMA 2
KEADAAN
PETAK SAWAH
Pastikan
Infrastruktur Berkeadaan Baik dan Sempurna Bagi Memudahkan Pengurusan Sawah
1.
Terdapat saluran air masuk dan keluar bagi setiap petak sawah.
2.
Mempunyai struktur kawalan air dalam setiap petak sawah.
3.
Lebar batas sawah 30-45 cm dengan ketinggian 15-20 cm.
4. Batas mestilah kukuh dan tidak bocor untuk mengawal air di dalam
petak sawah dan mengurangkan tempat pembiakan tikus.
5.
Batas mestilah bersih daripada rumpai bagi menghalang menjadi perumah kepada perosak.
6.
Sistem pengairan dan saliran serta struktur kawalan air berfungsi
dengan baik.
7.
Jalan ladang mencukupi dengan lebar sekurang – kurangnya 4.5 m.
CHECK
UTAMA 3
PENYEDIAAN
TANAH
Pastikan Permukaan Sawah Rata untuk Mendapatkan
Penapakan Anak Benih Maksimum dan Tumbesaran Pokok
Seragam
1. Rancang penyediaan tanah supaya benih dapat ditabur atau ditanam mengikut jadual penanaman.
2. Pembakaran jerami
secara terkawal dilakukan sekiranya terdapat masalah penyakit dan infestasi
padi angin yang serius pada musim sebelumnya.
3.
Bahan pereput jerami hendaklah digunakan bagi meningkatkan
kesuburan tanah.
4. Sebelum pembajakan tanah, pastikan petak sawah dibersihkan
daripada jerami, tunggul, rumpai, padi batat dan padi angin.
5. Awasi semua operasi traktor supaya aktiviti penyediaan tanah
dijalankan dengan sempurna.
Jadual 2: Aktiviti Penyediaan
Tanah
Aktiviti
Pembajakan
|
Keadaan Tanah
|
Keterangan
|
Bajak 1
(
30 hari sebelum tanam )
|
Kering
|
·
Tujuan : memecah dan membalik-balikkan tanah untuk membasmi
tunggul dan menggalakkan pereputan.
·
Kedalaman bajakan : 10-15 cm
·
Saiz ketulan tanah yang dihasilkan ialah 20% kurang daripada 2.5
cm, 40% antara 2.5 – 5.0 cm dan 40% melebihi 5.0 cm.
·
Gunakan traktor berkuasa kuda 60-70 untuk pembajakan tanah
kering bagi memelihara lapisan padat tanah.
·
Pastikan alat bajak putar diangkat semasa membuat pusingan bagi
menjaga lapisan padat tanah.
|
Bajak 2
(7-10 hari sebelum tanam)
|
Kering atau Basah
|
·
Tujuan :
melumatkan tanah. Saiz ketulan tanah kurang daripada 2.5 cm (bajak kering).
·
Kedalaman bajakan : 5 cm.
|
Bajak 3 atau Badai
(1-2 hari sebelum menanam)
|
Basah (paras air : 3-5 cm)
|
·
Tujuan : Meratakan permukaan tanah.
·
Permukaan sawah mestilah rata pada tahap kerataan tanah ±2.5 cm.
|
CHECK UTAMA 4
PENANAMAN
Pastikan Benih Padi
Sah Digunakan bagi Mendapatkan Pertumbuhan Pokok Padi yang Cergas, Bebas Penyakit dan Padi Angin
1.
Gunakan benih padi sah yang telah diperakukan oleh Jabatan
Pertanian.
2.
Pilih varieti padi mengikut kesesuaian sawah.
Jadual 3: Kaedah penanaman
dan kadar benih
Kaedah
|
Kadar
Benih
|
Keterangan
|
Tabur terus (basah)
|
120-140kg/ha
|
1.
Buka
beg benih dan rendam benih padi dalam air bersih selama
24 jam.
2.
Laksanakan
rawatan benih jika menggunakan varieti
padi yang rentan penyakit
3.
Tos
dan peram (selimutkan dengan guni) selama 24 - 48 jam di tempat berbumbung untuk percambahan optimum.
4.
Pastikan
keadaan tanah sawah telah diratakan
dan tepu air sebelum menabur benih.
5.
Tabur dengan mesin penyembur bagi memastikan taburan benih
adalah sekata supaya mencapai sekurang-kurangnya 400 biji benih/m2.
|
Tabur terus dalam air
(untuk mengawal padi angin)
|
150-180 kg/ha
|
Bertakung pada kedalaman optimum
10 cm.
|
Mencedung (mekanikal)
|
80 kg/ha
|
Gunakan anak semaian berumur 15-18 hari.
Jarak tanaman 18 cm x 30 cm. Bilangan anak semaian 3-5 anak/perdu.
|
Mencedung (manual)
|
40 kg/ha
|
Gunakan anak semaian berumur 21-25 hari .Jarak tanaman 25 cm x 25 cm.
Bilangan anak semaian 3-5 anak/perdu.
|
Jadual 4 : Sasaran Komponen Hasil Padi
Peringkat Pertumbuhan
Hari Lepas Tabur (HLT)
|
Sasaran Komponen
Hasil Bagi 10 t/ha
|
Catatan
|
15 (3
helai daun)
35
100
|
260 anak benih/m²
500 pokok/m2
460 tangkai/m2
100 biji/tangkai
80% bernas
27 gram berat 1,000 biji
|
Sekiranya kepadatan pokok kurang 200 pokok/m², kurangkan aras
air sawah untuk menggalakkan pengeluaran anak padi.
|
CHECK
UTAMA 5
PENGURUSAN
PEMBAJAAN
Pastikan Pembajaan Dilakukan
Dengan Cukup dan Tepat Pada Waktunya Bagi Menjamin Hasil Yang Tinggi
1.
Pembajaan penting untuk memastikan sasaran komponen hasil dapat
dicapai.
2.
Kadar baja dan masa pembajaan disyorkan mengikut varieti adalah
seperti berikut:
Jadual
5: Kadar dan Masa Pembajaan bagi Kaedah Tabur Terus
Peringkat
Pembajaan
|
Tempoh Matang
|
Peringkat
Tumbesaran
|
Jenis Baja
|
Pengesyoran
Sebenar
(kg/ha)
|
Bantuan
Pemberian Kerajaan
(kg/ha)
|
Keperluan
Tambahan Baja Oleh Petani
(kg/ha)
|
||
95-105
|
105-115
|
>115
|
||||||
Hari Lepas
Tabur (HLT)
|
||||||||
Pembajaan Pertama
|
15
|
15
|
15-20
|
Vegetatif
(3 helai daun)
|
Baja Sebatian * (17.5:15.5:10 atau 17:20:10)
|
140
|
140
|
-
|
Triple Super Phosphate (TSP- 46% P2O5)
|
57
|
-
|
57
|
|||||
Muriate of Potash (MOP – 60% K2O)
|
42
|
-
|
42
|
|||||
Pembajaan ke-2
|
25-30
|
30-35
|
35-40
|
Beranak aktif
|
Urea 46%
|
80
|
80
|
|
Pembajaan ke-3
|
45-50
|
50-55
|
60-65
|
Pembentukan tangkai
|
Baja Sebatian * (17.5:15.5:10 atau 17:20:10)
|
107
|
100
|
7
|
Baja sebatian Tambahan *
(17:3:25+2 MgO)
|
100
|
100
|
-
|
|||||
Urea 46%
|
12
|
-
|
12
|
|||||
Pembajaan ke-4
|
65-70
|
70-75
|
85-90
|
Terbit dan berbunga
|
Baja sebatian Tambahan*
(17:3:25+2 MgO)
|
50
|
50
|
-
|
Urea 46%
|
20
|
-
|
20
|
Nota
: * Baja bantuan kerajaan
a) Penggunaan baja foliar sebagai baja tambahan sangat digalakkan
pada peringkat 65HLT dan 85 HLT bagi meningkatkan pengisian biji padi.
Jadual 6 : Kadar dan Masa
Pembajaan bagi Kaedah Mencedung
Peringkat
Pembajaan
|
Tempoh Matang
|
Peringkat
Tumbesaran
|
Jenis Baja
|
Pengesyoran Sebenar
(kg/ha)
|
Bantuan Pemberian Kerajaan
(kg/ha)
|
Keperluan Tambahan Baja
Oleh Petani
(kg/ha)
|
||
95-105
|
105-115
|
>115
|
||||||
Hari Lepas
Tanam
|
||||||||
Pembajaan Pertama
|
5-7
|
5-7
|
5-7
|
Vegetatif
(3 helai daun)
|
Baja Sebatian * (17.5:15.5:10 atau 17:20:10)
|
140
|
140
|
-
|
Triple Super Phosphate (TSP- 46% P2O5)
|
57
|
-
|
57
|
|||||
Muriate of Potash (MOP – 60% K2O)
|
42
|
-
|
42
|
|||||
Pembajaan ke-2
|
20-25
|
25-30
|
25-30
|
Beranak aktif
|
Urea (46% N)
|
80
|
80
|
-
|
Pembajaan ke-3
|
40-45
|
45-50
|
55-60
|
Pembentukan tangkai
|
Baja Sebatian * (17.5:15.5:10 atau 17:20:10)
|
107
|
100
|
7
|
Baja sebatian Tambahan *
(17:3:25+2 MgO)
|
100
|
100
|
-
|
|||||
Urea (46% N)
|
12
|
-
|
12
|
|||||
Pembajaan ke-4
|
60-65
|
65-70
|
75-80
|
Terbit dan berbunga
|
Baja sebatian Tambahan*
(17:3:25+2 MgO)
|
50
|
50
|
-
|
Urea (46% N)
|
20
|
-
|
20
|
Nota
: *Baja bantuan kerajaan
a)
Penggunaan baja foliar sebagai baja tambahan sangat digalakkan
pada peringkat 65HLT dan 85 HLT bagi meningkatkan pengisian biji padi
CHECK
UTAMA 6
PENGURUSAN
AIR
Pastikan Air
Diurus dengan Cekap untuk Mengawal
Rumpai dan Mendapatkan Kepadatan Pokok yang Optimum
1.
Air
dimasukkan ke dalam sawah mengikut jadual pengairan yang dikeluarkan oleh
agensi yang berkaitan.
2.
Sekiranya
perlu, lorong air dibuat untuk mempercepatkan pengairan dan saliran mengikut
kesesuaian tempat.
3.
Kedalaman
air di dalam sawah dinaikkan secara beransur-ansur (Jadual 7).
Jadual 7 : Kedalaman Air Mengikut Peringkat Pertumbuhan Padi
Hari Lepas Tabur (HLT)
|
Peringkat Pertumbuhan Padi
|
Kedalaman air
(cm)
|
0-7
|
Percambahan
|
0 (tanah tepu)
|
7-10
|
Penapakan
|
3 – 5
|
15-40
|
Beranak
|
5 – 7
|
40-90
|
Pembentukan
tangkai, bunting, terbit, bunga dan pengisian biji
|
5 – 10
|
Air
dikeluarkan 10 – 14 hari sebelum penuaian
|
Tuai
(Masak)
|
Air dikeluarkan
|
CHECK
UTAMA 7
PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU
Pastikan Rumpai
dan Perosak Dikawal Kerana
akan Mengurangkan
Hasil Padi
A) KAWALAN RUMPAI
Pemantauan rumpai
perlu dijalankan setiap minggu dan tindakan kawalan diambil jika perlu.
Jadual
8: Syor Kawalan Mengikut Jenis Rumpai
Peringkat
penanaman
|
Jenis Rumpai
|
Syor kawalan
|
Peringkat
penyediaan tanah
(sebelum
pembajakan pertama)
|
Rumpai
Padi angin
Padi batat
|
Sembur racun Glufosinate-ammonium /Glyphosate
|
Selepas
tabur benih dan sebelum masuk air (0-7 HLT)
a. Penanaman padi selain
Clearfield
b. Penanaman
padi Clearfield
|
Rumpai
& Padi angin
Padi
angin
|
Sembur racun
pra-cambah Pretilachlor
Sembur
racun On Duty mengikut panduan Sistem Pengeluaran Clearfield
|
Peringkat
vegetatif (sebelum bunting)
Sebelum
40 HLT untuk varieti matang awal (100 hari)
Sebelum
60 HLT untuk varieti matang lewat (125 hari)
|
Rumpai daun tirus
Contoh:
Rumput Sambau (Echinochloa
crus-galli)
Rumput Colok
Cina (Ischaemum
rugosum)
Rumput Bunga
Tebu (Leptochloa chinensis)
Rumpai daun lebar
Contoh:
Paku Rawan (Limnocharis flava)
Keladi Agas (Monochoria
vaginalis)
Cabai kera (Sphenoclea
zeylanica)
Rusiga
Contoh:
Rumpai Air (Cyperus difformis) Rusiga Anak Emas (Cyperus iria)
Rumput Tahi
Kerbau (Fimbristylis
miliacea)
|
Propanil/
Cyhalofop-butyl/Bispyribac-sodium dan lain-lain
Metsulfuron-methyl
Bensulfuron/ 2,4-D/ Quinclorac dan lain-lain
2,4-D/Bentazone
sodium dan lain-lain
|
Peringkat
pembungaan
|
Padi
angin, Rumput Sambau (Echinochloa
crus-galli) dan lain-lain
|
Membuang
rumpai secara manual (penakaian). (Penggunaan racun rumpai tidak disyorkan)
|
*Penggunaan racun perlulah
mengikut label pada produk
Langkah-langkah
bagi mengawal padi angin adalah
seperti berikut :
- Gunakan biji benih padi
sah yang diperakukan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.
- Penyediaan tanah perlu
dilakukan dengan sempurna supaya bank biji benih padi angin di dalam tanah
dapat dikurangkan.
- Pastikan kedalaman air 5–10 cm sepanjang pertumbuhan
pokok untuk mengelakkan pertumbuhan padi angin.
- Pantau infestasi padi
angin dan jalankan penakaian selepas umur padi 40 HLT hingga matang (padi
angin hanya dapat dibezakan dengan padi varieti sebenar selepas padi
berumur 40 HLT).
- Penggunaan Sistem
Pengeluaran Padi Clearfield (MR220 CL1/CL2) disyorkan selama 2 musim penanaman
sahaja.
B) KAWALAN PEROSAK DAN
PENYAKIT
1. Kawalan perosak perlulah mengikut kaedah Pengurusan Perosak Secara Bersepadu
(IPM).
2. Elakkan menyembur racun serangga sebelum 40 HLT KECUALI serangan telah
mencapai Tahap
Ambang Ekonomi (ETL) bagi memulihara musuh semulajadi (MSJ).
3. Elakkan daripada penggunaan baja berunsur nitrogen berlebihan.
Jadual 9 : Tahap Ambang Ekonomi (ETL) Beberapa Perosak Utama Padi
Peringkat Padi
|
Perosak
|
Tahap Ambang Ekonomi
(ETL)
|
Contoh
(Perawis Aktif)
|
Semua peringkat tanaman
|
Tikus
(Rattus sp.)
|
5% serangan
|
Chlorophacinone
Brodifacoum
Warfarin
|
Ulat ratus
(Mythimna separata, Spodoptera sp.)
|
1 ekor/kuadrat*
|
Carbaryl, Diazinon, Fenitrothion
|
|
0-14 hari
|
Siput gondang
(Pomacea sp.)
|
1 ekor/m2
|
Niclosamide
Metaldehyde
|
14-50 hari
|
Ulat gulung daun
(Cnaphalocrocis
medinalis, Marasmia patnalis)
|
30% serangan
|
Cartap hydrochloride,
Flubendiamide
|
14-50 hari
|
Ulat batang
(Scirpophaga incertulas, Sesamia inferens, Chilo sp.)
|
10% serangan atau
1 kelompok telur/m2
atau
1 ekor kupu-kupu dewasa/m2
|
Fipronil
Chlorantraniliprole
|
40-70 hari
|
Benah Perang
(Nilaparvata lugens)
|
5 dewasa atau
10 nimfa/kuadrat*
|
Buprofezin
Imidacloprid
Thiamethoxam
Pymetrozine
|
Benah belakang putih
(Sogatella furcifera)
|
5 dewasa atau
10 nimfa/kuadrat*
|
||
Benah hijau
(Nephotettix sp.)
|
5 dewasa/25 sauk
(kawasan –ve PMV)
1 dewasa/25 sauk
(kawasan +ve PMV)
|
||
Kutu beruang
(Scotinophara
coarctata)
|
2 dewasa/kuadrat*
|
Fenthion, Malathion
|
|
14-60 hari
|
Sera
tombak padi (rice gall midge)
(Orseolia oryzae)
|
5 % serangan
|
Fipronil, Imidacloprid
Thiamethoxam
|
Peringkat
|
Kesing atau Pianggang
(Leptocorisa
sp.)
Kepinding
(Nezara viridula)
|
2 dewasa/kuadrat*
|
Fenthion, Carbaryl, Alpha-Cypermethrin,
|
Nota:
-
*10 kuadrat diperiksa bagi setiap lot sawah (saiz kuadrat 15cm x
15cm). ETL perosak adalah purata bilangan perosak bagi 10 kuadrat tersebut.
-
Diameter sauk 35 cm.
4. Kawalan penyakit dilakukan apabila terdapat simptom serangan, walau
bagaimanapun bagi penyakit hawar daun bakteria dan karah tangkai perlu semburan pencegahan
sekiranya menanam varieti rentan.
PERHATIAN : Kekerapan penyemburan perlu
ditingkatkan pada musim hujan bagi kawalan penyakit hawar daun bakteria
Jadual 10:
Syor Kawalan Penyakit Mengikut Pertumbuhan Pokok Padi
Peringkat pertumbuhan padi
|
Penyakit
|
Contoh
(Perawis Aktif)
|
Semaian
Beranak aktif
|
Karah daun (Pyricularia
oryzae)
|
Azoxystrobin,
Trifloxystrobin, Carbendazim, Isoprothiolane, Tricyclazole
|
Hawar daun bakteria (Kresek)
(Xanthomonas oryzae
pv oryzae)
|
Berasaskan kuprum : Copper sulphate, Copper hydroxide
|
|
Bakanae (Gibberella
fujikuroi)
|
Rawatan biji benih menggunakan Thiram atau Benomyl
|
|
Penyakit merah virus (PMV/Tungro)
|
Kawal vektor (benah hijau) dengan semburan racun.
|
|
Beranak maksimum
Pembentukan tangkai
Bunting
|
Hawar daun bakteria
(Xanthomonas oryzae
pv oryzae)
|
Berasaskan kuprum : Copper sulphate, Copper hydroxide
|
Jalur
Daun bakteria (Xanthomonas oryzae pv
oryzicola)
|
Berasaskan kuprum : Copper sulphate, Copper hydroxide
|
|
Hawar seludang (Rhizoctonia solani)
|
Difenoconazole, Propineb,
Tebuconazole, Pencycuron
|
|
Reput seludang (Sarocladium
oryzae)
|
Tebuconazole,
Carbendazim, Mancozeb
|
|
Terbit
Masuk susu
Membeku
Matang
|
‘Collar
rot’ dan karah tangkai (Pyricularia
oryzae)
|
Azoxystrobin,
Trifloxystrobin, Carbendazim, Isoprothiolane, Tricyclazole
|
Bintik
perang tirus (Cercospora oryzae)
|
Propiconazole,
Propineb, Carbendazim, Benomyl
|
|
Bintik perang
(Cochliobolus
miyabeanus)
|
Propiconazole, Carbendazim
|
|
Bertih (Ustiloginoidea
virens)
|
Carbendazim
|
CHECK
UTAMA 8
PENGURUSAN PENUAIAN
Pastikan Aktiviti
Penuaian Diselia bagi
Mengurangkan Kehilangan Hasil Semasa Penuaian
1.
Keringkan air di petak sawah 10 – 14 hari sebelum penuaian.
2.
Tuai padi apabila 85-90%
biji padi dalam tangkai berwarna kuning.
3.
Penuaian dijalankan dalam keadaan persekitaran sawah yang kering
dan tidak berembun, biasanya antara pukul 11.00 pagi-6.00 petang dan elakkan menuai
pada waktu hujan.
4.
Jentuai mesti
dibersihkan supaya bebas daripada padi angin, rumpai dan siput gondang sebelum aktiviti penuaian dijalankan.
5.
Operasi jentuai mesti diawasi untuk mengurangkan kehilangan hasil
dan menjamin kualiti hasil, melalui tumpuan kepada perkara berikut :
a. Pastikan pelarasan jentuai dilakukan pada bahagian pengaut, pemotong
dan kipas pengangin supaya dapat beroperasi pada kecekapan yang tinggi.
b. Pokok padi perlu dipotong ⅓ daripada hujung ketinggian pokok dan
lebar tuaian perlu diselaraskan ¾ daripada lebar meja pemotong.
c.
Jentuai beroperasi pada kelajuan sederhana (<4km/jam).
d.
Jentuai perlu dikendalikan dengan cermat terutamanya ketika
membelok bagi mengurangkan kerosakan pada tanah.
e. Penggunaan jentuai mini adalah disyorkan bagi kawasan yang
mengalami masalah tanah lembut (Keupayaan galas tanah <3.0 kg/cm²).
CHECK
UTAMA 9
PENGENDALIAN
PADI LEPAS TUAI
Pastikan Padi yang Telah Dituai Dihantar
Segera ke Kilang bagi Mengekalkan Mutu Padi
1. Lori membawa padi hendaklah bertutup dengan kanvas serta lantai
dan dinding tidak bocor untuk mengelakkan kehilangan hasil.
2.
Padi yang dituai hendaklah dihantar ke kompleks pengeringan dalam tempoh 24 jam.
3.
Petani perlu hadir semasa pemutuan padi dilaksanakan.
PERHATIAN : Penentuan kualiti bijian
padi bergantung kepada kandungan lembapan, bijian padi muda, bijian padi rosak dan kotoran/bendasing. Kandungan kotoran/bendasing dan bijian padi muda
adalah dua faktor utama menyumbang
kepada pemotongan yang tinggi.
CHECK
UTAMA 10
PENGURUSAN
ALAM SEKITAR
Pastikan Racun
Digunakan secara Berhemah untuk Kelestarian Alam Sekitar bagi Menjamin Produk
yang Berkualiti dan Selamat Dimakan
1.
Gunakan racun yang disyorkan dan berdaftar dengan Lembaga Racun
Makhluk Perosak sahaja.
2.
Baca dan patuhi segala keterangan yang tercatat pada label racun sebelum
guna.
3.
Sekiranya kawalan perlu diulangi, guna racun perosak yang
mempunyai cara tindakan yang berlainan untuk mengurangkan kesan kerintangan.
4.
Jangan buang air sawah ke parit utama dalam tempoh 24 jam selepas
semburan racun.
5.
Semua bekas racun perosak hendaklah dibilas 3 kali dan ditebuk
sebelum dihantar ke pusat pengumpulan bekas racun untuk tindakan
pelupusan.
Sumber : Seksyen Padi & Tanaman Industri,
Bahagian Pembangunan Industri Tanaman,
Jabatan Pertanian Malaysia
Bahagian Pembangunan Industri Tanaman,
Jabatan Pertanian Malaysia
Disunting oleh : Yunif Ibrahim Ahmad