Sunday, September 13, 2020

Kadar sara diri (SSR) pada 2019 menunjukkan 24 daripada 42 komoditi pertanian terpilih melebihi 100 peratus




Penyusunan SUA (Supply Utilization Accountsmerangkumi komoditi pertanian terpilih mengikut tiga kategori iaitu tanaman (buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain), ternakan dan perikanan. Pada 2019, sebanyak 42 komoditi pertanian diliputi dan 24 daripadanya merekodkan kadar sara diri (SSR) melebihi 100 peratus. 


Tanaman 

  • Buah-buahan Terpilih

Bekalan bagi sebelas buah-buahan terpilih pada 2019 memenuhi permintaan tempatan dengan merekodkan SSR melebihi 100 peratus. Tembikai mencatatkan SSR tertinggi (161.3%) diikuti betik (153.1%) dan belimbing (132.8%). 


Penggunaan per kapita (PCC) bagi kelapa adalah tertinggi dengan penggunaan sebanyak 22.7 kilogram setahun diikuti durian (10.7 kg / tahun) dan pisang (9.5 kg / tahun). Kadar kebergantungan import (IDR) tertinggi dicatatkan oleh mangga iaitu 73.5 peratus.




  • Sayur-sayuran Terpilih

Tujuh jenis sayur-sayuran mempunyai bekalan yang mencukupi untuk keperluan domestik iaitu tomato (131.2%), terung (119.3%), bayam (112.6%), salad (112.5%), timun (110.8%), kacang panjang (107.0%) dan bendi (104.4%). Kobis bulat merekodkan PCC tertinggi berbanding sayur-sayuran lain dengan penggunaansebanyak 5.3 kilogram setahun diikuti sawi (4.4 kg / tahun) dan tomato (3.6 kg / tahun). Cili mencatatkan IDR tertinggi dengan 73.6 peratus.

  • Tanaman Lain Terpilih

Dua daripada lima tanaman lain terpilih iaitu tebu (207.2%) dan ubi kayu (100.1%) menunjukkan bekalan mencukupi bagi memenuhi permintaan domestik.





#myDOA #StatistikAgromakanan #SSL


Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia 

Disunting oleh : Yunif Ibrahim Ahmad

No comments:

Post a Comment