Kompos ialah bahan organik yang telah reput. Ianya berwarna gelap,
iaitu perang kehitaman ke hitam dan struktur serta ketetapannya mudah dilerai.
Secara semula jadi kompos dihasilkan melalui proses biologi di mana tindakan
mikro organisma di dalam tanah meleraikan tisu-tisu pokok yang telah mati.
Apabila proses penghuraian telah tamat, kompos seterusnya akan bertukar menjadi
kepada humus. Humus ialah kompos yang paling baik untuk digunakan kerana proses
pereputan telah sampai ke tahap seratus peratus dan ianya amat sesuai bagi
kegunaan seterusnya.
Kompos mengandungi bahan nutrien tetapi tujuan
sebenar mencampurkan kompos ke dalam tanah ialah untuk memperbaiki keadaan
struktur tanah supaya ianya lebih berkesan semasa program pembajaan dijalankan.
Proses membuat kompos memakan masa antara empat ke
lima bulan untuk mendapatkan produk terakhir. Faktor-faktor yang mempengaruhi
proses pencernaan dalam pembuatan kompos ialah, (i) nisbah kandungan nitrogen
dan karbon dalam bahan organik yang digunakan, (ii) peratus kandungan lembapan
40 - 60%, (iii) suhu di antara 55 – 65° Celcius, (iv) gabungan
mikrob yang terdapat dalam bahan organik yang digunakan, (v) pH di antara 5.0 -
9.0, (vi) pengudaraan/oksigen yang sempurna, (vii) sekurang-kurangnya 30% ruang
udara (total porosity) dan akhir sekali ialah (viii) mengurangkan atau
mengecilkan saiz bahan organik yang digunakan,
seperti membuat grinding dan shredding.
Di bawah Program Pembangunan Produk dan Aktiviti
Hiliran, Jabatan Pertanian telah berjaya meyakinkan petani bahawa pembuatan
kompos dapat meningkatkan pendapatan kerana permintaan dan penggunaan kompos
meningkat dari masa ke semasa.
Asas penting dalam penceranaan bahan organik ialah
kehadiran mikro organisma. Penggunaan inokolum yang lebih berkesan telah
diasaskan di Korea Selatan dan penemuan ini dapat mempercepatkan proses
pencernaan dan seiringan dengan itu kualiti kompos yang dihasilkan adalah jauh
lebih tinggi mutunya daripada cara kebiasaan yang selalu dipraktikkan.
Cara pembuatan kompos yang dijalankan adalah seperti berikut :
1. Menyediakan
inokolum dari peringkat permulaan yang
dinamakan IMO1 hinggalah kepada peringkat yang matang yang dinamakan
IMO4. Proses penyediaan adalah
seperti berikut :
i. Sediakan nasi dalam bekas plastik
ii. Tutup rapat bekas tersebut dengan kertas yang bersih. Gunakan kertas mahjong kerana ianya terbukti berkesan. Jangan gunakan surat khabar lama atau kertas yang telah digunakan kerana ia akan mempengaruhi keberkesan IMO1.
vi. Campuran itu seterusnya
disimpan dalam bekas yang ditutup rapat dengan kertas mahjong. Campuran/gaulan itu disimpan selama tujuh
hari sebelum proses seterusnya dijalankan. Campuran/gaulan ini dinamakan IMO2
dan dalam masa tujuh hari ia boleh digunakan untuk proses penyediaan IMO3 dan IMO4.
vii. Larutan tersebut kemudiannya digaul dengan 8 gm dedak di dalam bekas sehingga sebati keadaannya.
viii. Campuran dedak dan larutan
IMO2 ditutup rapat dan dibiarkan selama lima hari, sehingga ianya
menjadi IMO3.
ix . Selepas lima hari IMO3 tadi dicampurkan dengan tanah pada kadar nisbah 1:1. Campuran ini dinamakan IMO4 dan ditutup dengan plastik untuk selama lima hari lagi sebelum ianya boleh menjalani proses seterusnya. Kehadiran mycillium kulat membuktikan pembentukan IMO4 telah berjaya dan berkesan.
2. Proses pembuatan kompos
i. Menyediakan
bahan organik seperti hampas kelapa sawit, daun, batang jagung,
rumput dsbnya. Bahan organik dihancurkan kepada aggregate yang terkecil.
Bahan yang telah dicincang digaul dengan tanah dan kemudian disiram untuk
mendapatkan 60% lembapan.
ii. Selepas itu IMO4 ditabur ke atas longgokan tersebut. Proses ini dibuat belapis-lapis sehingga timbunan meningkat kepada 60 – 70 cm ketinggiannya.
iii. Timbunan campuran IMO4, tanah dan bahan organik tadi dibiarkan selama tiga minggu.
Perbezaan di antara kompos yang telah berjaya,
berwarna perang kehitaman berbeza dengan kompos yang tidak menjadi, berwarna
perang cerah.
Kaedah pembuatan kompos seperti yang dihuraikan di atas tadi dapat
memendekkan masa sehingga 70 - 80% dan kaedah ini amat senang dan mudah untuk
dijalankan. Penghasilan kompos berkualiti tinggi, tidak busuk dan tidak lembab
atau pun basah. Harga dipasaran boleh ditingkat kepada sebanyak 20 - 30% dari
kompos biasa. Selamat mencuba kepada mereka yang berminat.
Disunting oleh : Yunif Ibrahim Ahmad
No comments:
Post a Comment