Tanaman
cili merupakan tanaman singkat masa yang boleh dituai dalam tempoh antara empat
hingga enam bulan selepas ditanam dan merupakan perasa utama di dalam masakan
rakyat Malaysia. Sehingga kini, jumlah keluasan bertanam cili di Malaysia telah
mencapai 3,195 hektar. Sebanyak 33,755 metrik tan cili telah dihasilkan bagi
tahun 2018.
Susulan
daripada itu, antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bagi
mempertingkatkan pengeluaran cili negara adalah melalui latihan atau kursus
yang dilaksanakan melalui penubuhan Farmers Field School (FFS) atau dikenali sebagai
Sekolah Ladang Petani. Kursus FFS ini adalah berkonsepkan pembelajaran
berkumpulan meliputi kaedah-kaedah latihan secara amali di dalam musim
penanaman mengikut kalendar tanaman secara hands-on sebagai tempat utama
pembelajaran.
Sebanyak
13 modul telah dirangka dalam kursus FFS Cili ini yang merangkumi asas
penanaman cili secara fertigasi seperti penyediaan media tanaman, pengurusan
infrastruktur ladang, sistem pengairan dan saliran, pembajaan dan perosak tanaman
dan penanaman di ladang. Selain itu, terdapat juga modul teknologi efektif
mikroorganisma dan amalan pertanian baik seterusnya pemprosesan produk
hiliran, aliran kewangan dan
pengendalian lepas tuai.
Sesi latihan hands on memudahkan peserta kursus untuk mempraktikkan ilmu yang diperolehi. |
Pendekatan
bersepadu dan dua-hala di antara peserta dengan fasilitator ditonjolkan dalam kursus
ini di mana peserta yang terdiri daripada usahawan pakar bukan sahaja sebagai
pelatih tetapi dapat menggunakan pengalaman mereka sebagai subjek latihan dan
perbincangan. Pada akhirnya usahawan pakar yang dilatih akan membimbing 5 orang
rakan usahawan yang lain dan bertindak sebagai dan Kontak Tani (contact farmer)
dalam komuniti mereka sendiri.
Bagi
memberi pengiktirafan kepada peserta kursus yang telah berjaya menamatkan
kursus, satu Majlis Graduasi diadakan bagi setiap sub sektor tanaman terpilih. Para
peserta graduan FFS telah mengamalkan teknologi yang dipelajari serta lebih
peka dengan situasi penanaman cili fertigasi yang diusahakan. Mereka telah
mewujudkan rangkaian komunikasi (group WhatsApp) mengenai perkembangan tanaman
cili yang mereka usahakan serta saling bertukar maklumat sesama mereka dan para pegawai Jabatan yang
akan membantu dalam memberi khidmat nasihat teknikal.
Kursus
FFS ini diharap dapat melahirkan petani atau pengusaha contoh yang akan menjadi
rujukan penanam lain bagi meningkatkan hasil, produktiviti pengeluaran dan
menyokong memajukan industri tanaman cili melalui program penyampaian teknologi
yang berkesan. Peserta program ini juga diharap dapat memainkan peranan dalam
membantu menyebarluaskan ilmu yang diperolehi dikalangan rakan-rakan dalam
komuniti dan saling menyokong antara satu sama lain untuk meningkatkan
produktiviti hasil tanaman cili masing-masing.
Sistem fertigasi cili dalam Sistem Pelindung Hujan |
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.