![]() |
Kawasan penanaman rumput napier |
Kerjasama Antara Agensi Kerajaan
Kementerian Pertanian & Industri
Asas Tani telah menerapkan kerjasama antara agensi-agensi di bawahnya dalam
melaksanakan pelbagai program-program baru yang dibentuk khas bagi meningkatkan
ekonomi dalam sektor pertanian Negara khususnya. Salah satu program yang telah
diwujudkan adalah Program Projek Pembangunan Industri Tenusu Negara.
Projek ini merupakan projek khas yang
dirangka oleh pihak kerajaan dalam memastikan pengeluaran susu lembu tempatan dapat
ditingkatkan sejajar dengan permintaannya. Melalui projek ini, kerajaan telah
menghasilkan satu kerangka program yang lebih bersifat holistik dan tersusun
antara setiap agensi yang terlibat.
Napier Sebagai Sumber Makanan Ternakan
Secara umumnya, makanan ternakan
merupakan faktor utama kepada dayamaju sesebuah projek ternakan tenusu. Makanan
ternakan yang dibekalkan perlulah mencapai piawaian dan menepati kualiti yang
diperlukan oleh ternakan tersebut bagi memastikan penghasilan susu segar dapat dihasilkan
pada kadar yang optimum.
Sumber makanan yang baik perlulah
mempunyai kombinasi kandungan protein kasar sebanyak 10% ke atas, peratus serat
sebanyak 25% hingga 30%, kandungan tenaga sekurang-kurangnya 7.8 mJ, kandungan
kalsium sebanyak 0.30% dan kandungan fosforus sebanyak 0.20%.
Dalam memenuhi keperluan kriteria
pemakanan ternakan ini, tanaman pastura seperti Rumput Guinea (Panicum maximum), Rumput Napier (Pennisetum purpureum), Rumput Signal (Brachiaria decumbens) dan Rumput
Humidicola (Brachiaria humidicola)
merupakan sumber sedia ada utama di negara ini yang paling sesuai digunakan
sebagai makanan ternakan tersebut.
Secara teorinya, anggaran berat
makanan (napier) yang diperlukan bagi seekor lembu tenusu sehari adalah 10%
daripada berat seekor lembu tenusu tersebut. Melalui data yang dikongsi oleh
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, purata anggaran berat seekor lembu tenusu
adalah 350kg maka keperluan makanan lembu tenusu tersebut dalam tempoh sehari
adalah sebanyak 35kg napier / hari. Seterusnya bagi tempoh setahun, seekor
lembu tenusu memerlukan makanan (napier) sebanyak 12,775 kg napier / tahun.
![]() |
Kawasan penanaman merupakan aktiviti paling penting dan harus dilakukan dengan sempurna |
Pengurusan Ladang Napier
Terdapat pelbagai varieti rumput
napier yang boleh didapati di Malaysia, antara yang popular dan menjadi pilihan
penternak adalah ialah Napier Pakchong, Napier Taiwan, Napier India, Napier
Merah, Napier Uganda, Dwarf Napier dan Napier Australia. Setiap varieti napier
ini mempunyai potensi hasil yang berbeza-beza. Melalui tinjauan terhadap
industri yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian, kebanyakan pengusaha napier
mengesyorkan varieti jenis Napier Pakchong, Napier India dan juga Napier Taiwan
sebagai pilihan utama mereka. Potensi pengeluaran hasil napier ini dijangka
mencecah 160 tan / hektar / tahun bergantung kepada amalan pertanian baik yang
dijalankan oleh pengusahanya.
![]() |
Melalui pengurusan ladang yang baik jangka hayat rumput napier boleh mencecah sehingga 8 tahun sebelum proses penanaman semula dilakukan |
Pada peringkat awal penanaman, para
usahawan kebanyakannya akan mengalami masalah persaingan pertumbuhan rumput
napier dengan rumput liar lain yang cuba mendominasi kawasan penanaman. Bagi
mengatasi masalah ini, adalah disyorkan agar pengusaha menggunakan racun pra
cambah sebelum kerja-kerja penanaman rumput napier dijalankan. Lazimnya di
Malaysia, pengusaha ladang napier menggunakan tiga kaedah penanaman utama,
iaitu penanaman secara tampang, perdu atau baris.
Melalui pengurusan ladang yang baik
seperti pembajaan yang sempurna, pemberian bahan organik yang mencukupi,
ragutan atau pemotongan yang berjadual dan sistematik serta kawasan ladang
tidak terendam dalam banjir, jangka hayat rumput napier boleh mencecah sehingga
8 tahun sebelum proses penanaman semula dilakukan.
Rumput napier akan mulai rosak (rancid) dalam tempoh masa 5 hingga 6
jam selepas dipotong atau dituai. Oleh sebab itulah pemilihan lokasi penanaman
rumput napier sebaiknya tidak melebihi 50 km daripada lokasi ladang ternakan
fidlot. Selain daripada itu, kaedah menjeruk rumput napier atau silaj juga
boleh dilakukan bagi mengekalkan kandungan nutrien dalam napier dan juga
memanjangkan jangka hayat napier supaya masih boleh digunakan sebagai bahan
makanan ternakan.
macam mana nak ceburi dalam penanaman rumput ni ye?ada buka kursus ke?
ReplyDeletemari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.
Saya berminat nak ceburi bidang ni tapi nak mula tak tau...kalau Ada kursus macam mana nak join
ReplyDelete