Pertanian Bandar adalah aktiviti menanam tanaman di kawasan bandar dan pinggir bandar menggunakan kaedah penanaman seperti pertanian secara menegak (vertical farming), hidroponik, Nutrient Film Technique (NFT) atau secara konvensional di ruang yang terhad bagi menghasilkan makanan sendiri.
Di dalam konteks Jabatan Pertanian, Pertanian Bandar merupakan satu program membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri bahan makanan yang diperlukan seperti sayur-sayuran dan ulaman melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Projek Pertanian Bandar boleh disertai oleh rakyat Malaysia di kawasan bandar dan pinggir bandar terutamanya dalam kumpulan B40. Disamping itu, Jabatan Pertanian juga memberi peluang kepada rakyat untuk menyertai projek ini melalui pendekatan 4 kategori projek iaitu perumahan individu, komuniti, sekolah dan institusi. Objektif utama program ini ialah bagi membantu rakyat dari segi menggalakkan rakyat menanam dan mengeluarkan sendiri bahan makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan. Disamping itu juga dapat ia secara tidak langsung dapat menambah pendapatan harian melalui lebihan hasil pertanian seterusnya membantu mengurangkan kos sara hidup di bandar. Jabatan Pertanian telah melaksanakan Kajian Impak Projek Pertanian Bandar di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Ogos 2017 untuk menilai keberkesanan projek ini dalam membantu masyarakat bandar meringankan kos sara hidup mereka. Temuan kajian mendapati bahawa peserta projek telah dapat menjimatkan perbelanjaan dapur bagi kepeluan sayur-sayuran/ulam-ulaman sebanyak RM110/bulan setelah menyertai pogram ini. Jabatan Pertanian akan memberi khidmat nasihat dan aktiviti pengembangan sebagai galakan awal untuk menjalankan aktiviti berkebun di bandar. Antara pendekatan bagi merancang dan melaksanakan program/aktiviti pertanian bandar: (i) Memberi tumpuan kepada golongan B40/miskin bandar. (ii) Memberi kesedaran dan memupuk amalan bertani di kalangan penduduk bandar sebagai pengeluar makanan mereka sendiri. (iii) Menjadikan pertanian bandar sebagai aktiviti berterusan untuk menjamin pengeluaran bahan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan. Program pertanian bandar ini telah bermula pada tahun 2014 dan sehingga kini, seramai 137,596 orang penduduk bandar dari 5,731 lokasi di seluruh negara (termasuk WP Labuan, Sabah dan Sarawak) telah mendapat faedah melalui insentif one-off berbentuk input pertanian, latihan dan khidmat nasihat teknikal. Pada 5 Jun 2020 yang lalu, kerajaan telah melancarkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi merangsang semula ekonomi dan membantu meringankan kos sara hidup rakyat melalui aktiviti projek pertanian bandar dalam bentuk bantuan input pertanian seperti benih, baja, infrastruktur ladang, peralatan pertanian, khidmat nasihat dan latihan kepada individu dengan nilai RM500 (maksimum) bagi setiap penerima dan RM50,000 (maksimum) bagi setiap komuniti Projek Pertanian bandar telah diperuntukan oleh kerajaan sebanyak RM 10 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi dan ini merupakan tambahan kepada Projek Pembangunan Pertanian Bandar sedia ada dalam Rancangan Malaysia Ke 11 dengan tujuan untuk membantu rakyat Malaysia khususnya golongan B40 yang sepertimana yang disebut awal tadi. Dalam masa yang sama juga, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan juga telah mengambil inisiatif untuk memohon peruntukan fasa ke-2 untuk tahun 2021. Secara dasarnya dengan pelaksanaan ini, Jabatan Pertanian berharap agar masyarakat sama-sama menghasilkan makanan sendiri yang dalam jangkamasa panjang akan dapat membantu penurunan harga bahan makanan negara yang diimport, kedapatan bekalan makanan tempatan secara berterusan, mengurangkan kadar kemiskinan bandar dan membantu pengurusan persekitaran bandar. Selain itu, penanaman di bandar ini dapat menyokong usaha kerajaan dalam menjamin kualiti dan jaminan makanan negara. Program pertanian bandar ini juga diharap dapat memupuk kesedaran dan minat terhadap pertanian sebagai penyumbang kepada kesejahteraan dan keceriaan persekitaran serta mewujudkan interaksi sosial antara antara jiran melalui aktiviti pertanian ini Orang ramai boleh mengikuti dan mendapatkan maklumat di website rasmi Jabatan Pertanian ataupun facebook Bahagian Pertanian Bandar, Jabatan Pertanian Malaysia untuk mendapatkan pelbagai aktiviti terkini pertanian dan tips-tips tanaman. #myDOA #PertanianBandar #PENJANAUntuk berkongsi maklumat mengenai perkhidmatan, aktiviti dan informasi Dunia Pertanian Malaysia
Friday, November 6, 2020
Wednesday, October 21, 2020
SKIM PENGESAHAN BENIH PADI JABATAN PERTANIAN
Benih Padi Sah merupakan benih daripada progeni benih asas atau daftar yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui di bawah Skim Pengesahan Benih Padi. Pengeluaran dan pembekalan benih padi sah telah dilaksanakan oleh pengeluar benih swasta yang telah dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Jabatan Pertanian berperanan sebagai agen pengesah yang menjalankan pemantauan dan pengauditan berpandukan kepada prosedur di dalam Standard Jabatan Pertanian Malaysia : Spesifikasi Pengeluaran Benih Padi (Oryza sativa) dan Malaysian Standard MS 469 : 2012 (Rice (Oryza sativa L.) inbred seed planting materials – Specification (Second revision).
Pengeluaran benih padi sah bermula dengan pembangunan varieti baru yang superior oleh agensi penyelidikan seperti MARDI. Pihak MARDI bertanggungjawab untuk menyediakan benih baikbaka dan pembekalan benih padi asas. Benih asas akan dibekalkan kepada pengeluar benih swasta untuk mengeluarkan benih daftar dan seterusnya benih sah.
Proses pengeluaran benih sah adalah tertakluk kepada syarat dan prosedur yang telah ditetapkan di dalam Skim Pengesahan Benih Padi Sah (SPBP). Skim ini merupakan satu sistem kualiti kepada pengeluar benih padi swasta bagi mengeluar dan membekal benih padi untuk tujuan penanaman mengikut syarat dan piawaian yang ditetapkan. Aspek penting di bawah skim ini melibatkan pematuhan kepada ketetapan sumber serta generasi benih yang digunakan dan piawaian yang ditetapkan melalui pemeriksaan dan pengauditan yang dijalankan.
Pemeriksaan dan pengauditan akan dilaksanakan oleh Pegawai Inspektorat Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman. Sebanyak 11 prosedur (SAP 1 hingga SAP 11) yang perlu dilalui oleh setiap pengeluar benih swasta. Aliran Kerja adalah seperti di Gambar Rajah 1. Antara elemen-elemen yang penting dalam pengeluaran benih sah adalah;
- Tapak semaian dan ladang benih : Memenuhi jarak pemencilan dan kesempurnaan tapak.
- Sumber kategori benih yang diperakui : Menanam dari sumber yang sah. Pembuktian sumber benih diwajibkan.
- Pemeriksaan ladang : Pemeriksaan ladang dijalankan di empat peringkat iaitu peringkat pra-tanam, tampang, berbunga dan pra-tuai. Ia bertujuan untuk memastikan varieti yang ditanam mengikut ciri-ciri varieti dan memenuhi piawaian ladang seperti yang ditetapkan dalam dokumen Standard Jabatan Pertanian Malaysia SJPM – 2009.
- Pemeriksaan loji pemprosesan benih padi : Loji pemprosesan benih padi mestilah dalam keadaan bersih dan bebas daripada sebarang pencemaran atau percampuran varieti.
- Ujian kualiti biji benih : Tiga jenis ujian yang dijalankan iaitu ujian ketulenan fizikal, kelembapan dan percambahan bertujuan untuk menentukan samada benih padi yang telah diproses mememenuhi piawaian minimum biji benih seperti yang ditetapkan dalam dokumen Standard Jabatan Pertanian Malaysia SJPM – 2009.
- Pemeriksaan stor dan stok : Hanya benih padi yang telah mendapat perakuan sahaja ditawarkan untuk jualan. Lot benih padi mestilah dalam keadaan baik, teratur dan mudah dikesan.
- Label perakuan kualiti : Lot benih yang memenuhi piawaian mempunyai label perakuan kualiti benih yang ditetapkan.
Gambar Rajah 1 : Aliran
Kerja Skim Pengesahan Benih Padi
![]() |
Gambar Rajah 1 : Aliran Kerja Skim Pengesahan Benih Padi |
Melalui skim SPBP ini, benih padi sah adalah dijamin untuk benih yang tulen, cergas dan tidak tercemar dengan bahan asing, rumpai dan padi angin serta tidak dijangkiti oleh penyakit berbahaya. Ia merupakan kategori benih yang mempunyai potensi yang tinggi untuk tumbuh apabila ditanam di ladang. Ia boleh dikenali melalui ciri-ciri berikut:
i. Benih padi sah dibungkus dalam beg khas dengan berat bersih 20 kg/beg
ii. Beg benih padi sah mempunyai jalur biru dan Logo Kerajaan Malaysia.
iii. Setiap beg benih padi sah mempunyai label perakuan kualiti berwarna biru sebagai identiti produk.
Penggunaan benih padi sah
adalah penting bagi mendapatkan tumbesaran tanaman yang seragam selain dapat
mengelakkan pencemaran benih rumpai berbahaya, benih padi angin dan serangan
penyakit berbahaya yang dibawa melalui benih.
Rujukan
(1) Jabatan Pertanian Malaysia (2012) : Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi Jabatan Pertanian Malaysia\
(2) Portal Rasmi Jabatan Pertanian (n.d). Skim Pengesahan Benih Padi , Retrived from http://www.doa.gov.my/index.php/pages/view/407
Disunting oleh Yunif Ibrahim Ahmad
Friday, October 16, 2020
Mudahnya Tanam Sayur Bayam
Bayam adalah sejenis sayuran daun yang mengandungi vitamin A, B dan C dan zat-zat galian seperti kalsium dan besi.
Terdapat dua jenis bayam iaitu:
a. Jenis berwarna hijau, berdaun lebar dan kadangkala berdaun bujur.
b. Jenis berwarna hijau keunguan dan kemerahan.
Bayam sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat berpasir. Tanah yang kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai kemasaman (pH) tanah di antara 5.5 - 6.5 adalah paling sesuai.
Menyedia Batas
Bajak dan gemburkan tanah sebelum menyediakan batas. Ukuran batas ialah 120 sm lebar, 20 - 30 sm tinggi dan 760 sm panjang. Jarak antara batas ialah 30 cm. Buat tiga alur kecil memanjang di permukaan batas.
Menanam
Bayam ditanam terus dengan menggunakan biji benih. Oleh kerana biji benih bayam adalah halus, gaulkan biji benih dengan pasir atau tanah peroi sebelum disemai. Kemudian taburkan sama rata ke dalam alur-alur di atas batas. Selepas 2 - 3 hari anak benih akan bercambah. Jarakkan mengikut ukuran yang disyorkan iaitu 8 – 10 sm antara pokok dan 45 sm antara barisan. Sebanyak 1 - 3 kg biji benih diperlukan untuk 1 hektar.
Bayam boleh juga disemai di dalam tapak semaian sebelum diubah ke batas. Sebelum menyemai gaulkan biji benih dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 gm thiram dengan 1000 gm biji benih untuk mencegah penyakit melecuh. Lebih kurang 12 hari selepas menyemai, siram anak-anak benih dengan baja larutan urea sebanyak 4 gm dalam seliter air. Sungkupan penuh perlu dibuat 3 hari selepas menyemai. Ubah dan tanam anak-anak benih ke atas batas yang elah disediakan selepas 3-4 minggu disemai.
Penjagaan
Membaja
Baja organik seperti tahi ayam boleh digunakan sebagai baja asas. Baja ini digaul ke dalam batas. Lebih kurang 5 tan metrik baja ini diperlukan untuk sehektar.
Sebagai panduan 7 hari lepas tanam.
a. 240 gm Sulphate of Amonia
b. 24 kg Triple Superphosphate
c. 120 kg Muriate of Potash
Baja-baja ini digaul dan ditabur di antara lorong-lorong pokok setiap minggu.
Menyiram
Bayam memerlukan air yang banyak untuk pembesarannya. Dalam musim panas penyiraman dilakukan sebanyak 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.
Sungkupan
Merumput
Kawalan rumpai dilakukan sepanjang masa. Merumput boleh dilakukan dengan tangan.
MEMUNGUT HASIL
Bayam boleh dituai 3 – 4 minggu selepas ditanam atau apabila pokok mencapai 20 – 25 sm tinggi. Kutipan dibuat 3 - 7 hari sekali. Pokok dicabut atau dipotong batangnya.
MAFI akan perkenal harga siling benih padi
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan memperkenalkan harga siling benih padi dan melaksanakan pembelian menerusi sistem kupon.
Menurut kenyataan MAFI hari ini, langkah itu diambil selepas kata sepakat dicapai di antara kementerian dan wakil petani dalam sesi dialog yang diadakan bagi mengatasi permasalahan benih padi yang sering dihadapi pesawah.
Menurut kenyataan itu, MAFI akan melantik Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sebagai pengedar tunggal benih padi sah terus kepada pesawah.
"Pengedaran dan pembekalan benih padi sah ini akan dikawal menerusi sistem yang akan dibangunkan oleh Nafas secara dalam talian. Oleh yang demikian, pemantauan dan kawal selia dapat dilaksanakan dengan lebih baik," demikian menurut kenyataan itu.
MAFI berkata ia juga akan membuka peluang kepada lebih banyak pihak untuk turut serta dalam penghasilan benih padi sah termasuk pihak Pertubuhan Peladang Kawasan, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta.
"Bagaimanapun, pihak yang akan dilantik kelak tetap dipantau dan dinilai secara teknikal dan kewangan menerusi jawatankuasa yang akan dilantik," kata MAFI.
Menurut MAFI, sebelum ini pesanan benih padi sah dibuat dalam tempoh lima hingga enam bulan sebelum musim penanaman bermula kepada kesemua pengeluar benih padi sah yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.
"Bagaimanapun, ada sebahagian pengeluar tidak dapat membekalkan sepenuhnya sebagaimana yang dipesan berdasarkan kepada kapasiti pengeluaran semasa, perubahan pesanan pada saat-saat akhir dan sebagainya," demikian menurut kenyataan itu.
Selain itu, MAFI berkata walaupun kerajaan telah menetapkan harga RM28 bagi setiap beg benih padi sah seberat 20 kilogram untuk dijual di pintu kilang pengeluar benih padi sah, terdapat eksploitasi harga oleh ejen atau orang tengah.
Sebuah akhbar melaporkan mengenai kewujudan orang perseorangan yang memanipulasi harga benih padi termasuk menyorokkan stok setiap kali musim penanaman padi.
Individu terbabit dilaporkan bertindak memanipulasi harga serta mengedarkan benih kampit putih yang jauh lebih rendah kualitinya.
#myDOA
Sumber : Bernama.com
Friday, October 9, 2020
RAMPASAN RACUN PEROSAK TIDAK BERDAFTAR DI BAWAH AKTA RACUN MAKHLUK PEROSAK 1974
Seksyen Penguatkuasaan, Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja, Jabatan Pertanian Malaysia dalam operasi yang dijalankan pada 6 Oktober 2020 telah membuat serbuan ke premis menjual dan menyimpan racun makhluk perosak dan merampas pelbagai racun makhluk perosak tidak berdaftar di sebuah premis di Rawang, Selangor. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM476,760.00.
Premis ini dijadikan hub penyimpanan sebelum racun makhluk perosak tersebut dihantar dan diedarkan ke seluruh negara mengikut pesanan yang diterima. Racun makhluk perosak yang dirampas antaranya adalah bagi kegunaan kawalan rumpai dengan pelbagai jenama yang disyaki mengandungi perawis aktif Paraquat Dichloride yang tidak berdaftar dan telah diharamkan penggunaan di Malaysia mulai 1 Januari 2020. Pelbagai racun serangga berlabel tulisan negara jiran dan tidak berlabel disyaki merupakan racun tiruan turut dirampas di tempat kejadian.
Kes ini disiasat di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974 mengikut seksyen 13(1)(b) iaitu iaitu mengilang racun makhluk perosak tidak berdaftar, seksyen 20(3) iaitu menjual racun makhluk perosak tidak berdaftar dan seksyen 53A(1)(a) iaitu memiliki racun makhluk perosak tidak berdaftar.
Bagi kesalahan di bawah seksyen 13(1)(b) boleh dihukum dibawah seksyen 13(2) akta yang sama iaitu bagi kesalahan kali pertama, dipenjarakan selama lima (5) tahun atau didenda lima puluh ribu ringgit, bagi kesalahan di bawah seksyen 20(3) boleh dihukum dibawah seksyen 20(4) iaitu bagi kesalahan kali pertama, dipenjarakan selama tiga (3) tahun atau didenda sepuluh ribu ringgit. Manakala bagi kesalahan di bawah seksyen 53A(1)(a) boleh dihukum dibawah seksyen 53A(2) iaitu bagi kesalahan kali pertama, dipenjarakan selama satu (1) tahun atau didenda sepuluh ribu ringgit.
Kepentingan keselamatan makanan hasil pertanian akan sentiasa menjadi keutamaan. Pihak jabatan juga menasihatkan agar semua yang terlibat dengan aktiviti racun makhluk perosak hendaklah sentiasa patuh dengan kehendak di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Pengguna dan petani dinasihat agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket yang menjual racun makhluk perosak tidak berdaftar dan sentiasa menggunakan racun makhluk perosak yang berdaftar. Pengguna boleh mendapatkan maklumat racun makhluk perosak berdaftar dari Sistem Maklumat Racun Makhluk Perosak (SISMARP) yang boleh dilayari di laman sesawang Jabatan Pertanian Malaysia dipautan www.doa.gov.my.
Jabatan Pertanian sentiasa komited dalam membanteras penjualan dan penggunaan racun makhluk perosak tidak berdaftar. Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti racun makhluk perosak yang melanggar kehendak Akta Racun Makhluk Perosak 1974, sila laporkan kepada :
Jabatan Pertanian Malaysia,
Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja,
Tingkat 4-6 Wisma Tani,
Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur,
Faks 03-2694 7001
pro@doa.gov.my
Friday, September 18, 2020
RICE CHECK - Amalan Pertanian Baik Untuk Meningkatkan Hasil dan Mutu Padi
Nilai pH
|
Tahap
|
Kapur GML (t /ha)
|
≥ 5.0
|
Mencukupi
|
Tiada
Pengapuran
|
4.50 – 4.99
|
Sedikit berasid
|
1.0
|
3.51 – 4.49
|
Berasid
|
3.0
|
≤ 3.50
|
Sangat Berasid
|
5.0
|
Aktiviti
Pembajakan
|
Keadaan Tanah
|
Keterangan
|
Bajak 1
(
30 hari sebelum tanam )
|
Kering
|
·
Tujuan : memecah dan membalik-balikkan tanah untuk membasmi
tunggul dan menggalakkan pereputan.
·
Kedalaman bajakan : 10-15 cm
·
Saiz ketulan tanah yang dihasilkan ialah 20% kurang daripada 2.5
cm, 40% antara 2.5 – 5.0 cm dan 40% melebihi 5.0 cm.
·
Gunakan traktor berkuasa kuda 60-70 untuk pembajakan tanah
kering bagi memelihara lapisan padat tanah.
·
Pastikan alat bajak putar diangkat semasa membuat pusingan bagi
menjaga lapisan padat tanah.
|
Bajak 2
(7-10 hari sebelum tanam)
|
Kering atau Basah
|
·
Tujuan :
melumatkan tanah. Saiz ketulan tanah kurang daripada 2.5 cm (bajak kering).
·
Kedalaman bajakan : 5 cm.
|
Bajak 3 atau Badai
(1-2 hari sebelum menanam)
|
Basah (paras air : 3-5 cm)
|
·
Tujuan : Meratakan permukaan tanah.
·
Permukaan sawah mestilah rata pada tahap kerataan tanah ±2.5 cm.
|
Kaedah
|
Kadar
Benih
|
Keterangan
|
Tabur terus (basah)
|
120-140kg/ha
|
1.
Buka
beg benih dan rendam benih padi dalam air bersih selama
24 jam.
2.
Laksanakan
rawatan benih jika menggunakan varieti
padi yang rentan penyakit
3.
Tos
dan peram (selimutkan dengan guni) selama 24 - 48 jam di tempat berbumbung untuk percambahan optimum.
4.
Pastikan
keadaan tanah sawah telah diratakan
dan tepu air sebelum menabur benih.
5.
Tabur dengan mesin penyembur bagi memastikan taburan benih
adalah sekata supaya mencapai sekurang-kurangnya 400 biji benih/m2.
|
Tabur terus dalam air
(untuk mengawal padi angin)
|
150-180 kg/ha
|
Bertakung pada kedalaman optimum
10 cm.
|
Mencedung (mekanikal)
|
80 kg/ha
|
Gunakan anak semaian berumur 15-18 hari.
Jarak tanaman 18 cm x 30 cm. Bilangan anak semaian 3-5 anak/perdu.
|
Mencedung (manual)
|
40 kg/ha
|
Gunakan anak semaian berumur 21-25 hari .Jarak tanaman 25 cm x 25 cm.
Bilangan anak semaian 3-5 anak/perdu.
|
Peringkat Pertumbuhan
Hari Lepas Tabur (HLT)
|
Sasaran Komponen
Hasil Bagi 10 t/ha
|
Catatan
|
15 (3
helai daun)
35
100
|
260 anak benih/m²
500 pokok/m2
460 tangkai/m2
100 biji/tangkai
80% bernas
27 gram berat 1,000 biji
|
Sekiranya kepadatan pokok kurang 200 pokok/m², kurangkan aras
air sawah untuk menggalakkan pengeluaran anak padi.
|
Peringkat
Pembajaan
|
Tempoh Matang
|
Peringkat
Tumbesaran
|
Jenis Baja
|
Pengesyoran
Sebenar
(kg/ha)
|
Bantuan
Pemberian Kerajaan
(kg/ha)
|
Keperluan
Tambahan Baja Oleh Petani
(kg/ha)
|
||
95-105
|
105-115
|
>115
|
||||||
Hari Lepas
Tabur (HLT)
|
||||||||
Pembajaan Pertama
|
15
|
15
|
15-20
|
Vegetatif
(3 helai daun)
|
Baja Sebatian * (17.5:15.5:10 atau 17:20:10)
|
140
|
140
|
-
|
Triple Super Phosphate (TSP- 46% P2O5)
|
57
|
-
|
57
|
|||||
Muriate of Potash (MOP – 60% K2O)
|
42
|
-
|
42
|
|||||
Pembajaan ke-2
|
25-30
|
30-35
|
35-40
|
Beranak aktif
|
Urea 46%
|
80
|
80
|
|
Pembajaan ke-3
|
45-50
|
50-55
|
60-65
|
Pembentukan tangkai
|
Baja Sebatian * (17.5:15.5:10 atau 17:20:10)
|
107
|
100
|
7
|
Baja sebatian Tambahan *
(17:3:25+2 MgO)
|
100
|
100
|
-
|
|||||
Urea 46%
|
12
|
-
|
12
|
|||||
Pembajaan ke-4
|
65-70
|
70-75
|
85-90
|
Terbit dan berbunga
|
Baja sebatian Tambahan*
(17:3:25+2 MgO)
|
50
|
50
|
-
|
Urea 46%
|
20
|
-
|
20
|
Peringkat
Pembajaan
|
Tempoh Matang
|
Peringkat
Tumbesaran
|
Jenis Baja
|
Pengesyoran Sebenar
(kg/ha)
|
Bantuan Pemberian Kerajaan
(kg/ha)
|
Keperluan Tambahan Baja
Oleh Petani
(kg/ha)
|
||
95-105
|
105-115
|
>115
|
||||||
Hari Lepas
Tanam
|
||||||||
Pembajaan Pertama
|
5-7
|
5-7
|
5-7
|
Vegetatif
(3 helai daun)
|
Baja Sebatian * (17.5:15.5:10 atau 17:20:10)
|
140
|
140
|
-
|
Triple Super Phosphate (TSP- 46% P2O5)
|
57
|
-
|
57
|
|||||
Muriate of Potash (MOP – 60% K2O)
|
42
|
-
|
42
|
|||||
Pembajaan ke-2
|
20-25
|
25-30
|
25-30
|
Beranak aktif
|
Urea (46% N)
|
80
|
80
|
-
|
Pembajaan ke-3
|
40-45
|
45-50
|
55-60
|
Pembentukan tangkai
|
Baja Sebatian * (17.5:15.5:10 atau 17:20:10)
|
107
|
100
|
7
|
Baja sebatian Tambahan *
(17:3:25+2 MgO)
|
100
|
100
|
-
|
|||||
Urea (46% N)
|
12
|
-
|
12
|
|||||
Pembajaan ke-4
|
60-65
|
65-70
|
75-80
|
Terbit dan berbunga
|
Baja sebatian Tambahan*
(17:3:25+2 MgO)
|
50
|
50
|
-
|
Urea (46% N)
|
20
|
-
|
20
|
Hari Lepas Tabur (HLT)
|
Peringkat Pertumbuhan Padi
|
Kedalaman air
(cm)
|
0-7
|
Percambahan
|
0 (tanah tepu)
|
7-10
|
Penapakan
|
3 – 5
|
15-40
|
Beranak
|
5 – 7
|
40-90
|
Pembentukan
tangkai, bunting, terbit, bunga dan pengisian biji
|
5 – 10
|
Air
dikeluarkan 10 – 14 hari sebelum penuaian
|
Tuai
(Masak)
|
Air dikeluarkan
|
Peringkat
penanaman
|
Jenis Rumpai
|
Syor kawalan
|
Peringkat
penyediaan tanah
(sebelum
pembajakan pertama)
|
Rumpai
Padi angin
Padi batat
|
Sembur racun Glufosinate-ammonium /Glyphosate
|
Selepas
tabur benih dan sebelum masuk air (0-7 HLT)
a. Penanaman padi selain
Clearfield
b. Penanaman
padi Clearfield
|
Rumpai
& Padi angin
Padi
angin
|
Sembur racun
pra-cambah Pretilachlor
Sembur
racun On Duty mengikut panduan Sistem Pengeluaran Clearfield
|
Peringkat
vegetatif (sebelum bunting)
Sebelum
40 HLT untuk varieti matang awal (100 hari)
Sebelum
60 HLT untuk varieti matang lewat (125 hari)
|
Rumpai daun tirus
Contoh:
Rumput Sambau (Echinochloa
crus-galli)
Rumput Colok
Cina (Ischaemum
rugosum)
Rumput Bunga
Tebu (Leptochloa chinensis)
Rumpai daun lebar
Contoh:
Paku Rawan (Limnocharis flava)
Keladi Agas (Monochoria
vaginalis)
Cabai kera (Sphenoclea
zeylanica)
Rusiga
Contoh:
Rumpai Air (Cyperus difformis) Rusiga Anak Emas (Cyperus iria)
Rumput Tahi
Kerbau (Fimbristylis
miliacea)
|
Propanil/
Cyhalofop-butyl/Bispyribac-sodium dan lain-lain
Metsulfuron-methyl
Bensulfuron/ 2,4-D/ Quinclorac dan lain-lain
2,4-D/Bentazone
sodium dan lain-lain
|
Peringkat
pembungaan
|
Padi
angin, Rumput Sambau (Echinochloa
crus-galli) dan lain-lain
|
Membuang
rumpai secara manual (penakaian). (Penggunaan racun rumpai tidak disyorkan)
|
- Gunakan biji benih padi
sah yang diperakukan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.
- Penyediaan tanah perlu
dilakukan dengan sempurna supaya bank biji benih padi angin di dalam tanah
dapat dikurangkan.
- Pastikan kedalaman air 5–10 cm sepanjang pertumbuhan
pokok untuk mengelakkan pertumbuhan padi angin.
- Pantau infestasi padi
angin dan jalankan penakaian selepas umur padi 40 HLT hingga matang (padi
angin hanya dapat dibezakan dengan padi varieti sebenar selepas padi
berumur 40 HLT).
- Penggunaan Sistem
Pengeluaran Padi Clearfield (MR220 CL1/CL2) disyorkan selama 2 musim penanaman
sahaja.
Peringkat Padi
|
Perosak
|
Tahap Ambang Ekonomi
(ETL)
|
Contoh
(Perawis Aktif)
|
Semua peringkat tanaman
|
Tikus
(Rattus sp.)
|
5% serangan
|
Chlorophacinone
Brodifacoum
Warfarin
|
Ulat ratus
(Mythimna separata, Spodoptera sp.)
|
1 ekor/kuadrat*
|
Carbaryl, Diazinon, Fenitrothion
|
|
0-14 hari
|
Siput gondang
(Pomacea sp.)
|
1 ekor/m2
|
Niclosamide
Metaldehyde
|
14-50 hari
|
Ulat gulung daun
(Cnaphalocrocis
medinalis, Marasmia patnalis)
|
30% serangan
|
Cartap hydrochloride,
Flubendiamide
|
14-50 hari
|
Ulat batang
(Scirpophaga incertulas, Sesamia inferens, Chilo sp.)
|
10% serangan atau
1 kelompok telur/m2
atau
1 ekor kupu-kupu dewasa/m2
|
Fipronil
Chlorantraniliprole
|
40-70 hari
|
Benah Perang
(Nilaparvata lugens)
|
5 dewasa atau
10 nimfa/kuadrat*
|
Buprofezin
Imidacloprid
Thiamethoxam
Pymetrozine
|
Benah belakang putih
(Sogatella furcifera)
|
5 dewasa atau
10 nimfa/kuadrat*
|
||
Benah hijau
(Nephotettix sp.)
|
5 dewasa/25 sauk
(kawasan –ve PMV)
1 dewasa/25 sauk
(kawasan +ve PMV)
|
||
Kutu beruang
(Scotinophara
coarctata)
|
2 dewasa/kuadrat*
|
Fenthion, Malathion
|
|
14-60 hari
|
Sera
tombak padi (rice gall midge)
(Orseolia oryzae)
|
5 % serangan
|
Fipronil, Imidacloprid
Thiamethoxam
|
Peringkat
|
Kesing atau Pianggang
(Leptocorisa
sp.)
Kepinding
(Nezara viridula)
|
2 dewasa/kuadrat*
|
Fenthion, Carbaryl, Alpha-Cypermethrin,
|
Peringkat pertumbuhan padi
|
Penyakit
|
Contoh
(Perawis Aktif)
|
Semaian
Beranak aktif
|
Karah daun (Pyricularia
oryzae)
|
Azoxystrobin,
Trifloxystrobin, Carbendazim, Isoprothiolane, Tricyclazole
|
Hawar daun bakteria (Kresek)
(Xanthomonas oryzae
pv oryzae)
|
Berasaskan kuprum : Copper sulphate, Copper hydroxide
|
|
Bakanae (Gibberella
fujikuroi)
|
Rawatan biji benih menggunakan Thiram atau Benomyl
|
|
Penyakit merah virus (PMV/Tungro)
|
Kawal vektor (benah hijau) dengan semburan racun.
|
|
Beranak maksimum
Pembentukan tangkai
Bunting
|
Hawar daun bakteria
(Xanthomonas oryzae
pv oryzae)
|
Berasaskan kuprum : Copper sulphate, Copper hydroxide
|
Jalur
Daun bakteria (Xanthomonas oryzae pv
oryzicola)
|
Berasaskan kuprum : Copper sulphate, Copper hydroxide
|
|
Hawar seludang (Rhizoctonia solani)
|
Difenoconazole, Propineb,
Tebuconazole, Pencycuron
|
|
Reput seludang (Sarocladium
oryzae)
|
Tebuconazole,
Carbendazim, Mancozeb
|
|
Terbit
Masuk susu
Membeku
Matang
|
‘Collar
rot’ dan karah tangkai (Pyricularia
oryzae)
|
Azoxystrobin,
Trifloxystrobin, Carbendazim, Isoprothiolane, Tricyclazole
|
Bintik
perang tirus (Cercospora oryzae)
|
Propiconazole,
Propineb, Carbendazim, Benomyl
|
|
Bintik perang
(Cochliobolus
miyabeanus)
|
Propiconazole, Carbendazim
|
|
Bertih (Ustiloginoidea
virens)
|
Carbendazim
|
Bahagian Pembangunan Industri Tanaman,
Jabatan Pertanian Malaysia
-
SAYUR REMAYONG – tak kenal maka tak cinta (idris bald) Remayong atau Tembayong atau Ceylon Spinach, Indian Spinach, Malabar Nightshad...
-
Buah Kopi Liberica yang sudah masak dan sesuai untuk dipetik. Tanaman Kopi ( Coffea spp.) adalah sejenis tanaman yang tergolong ...
-
PENDAHULUAN Rice Check adalah panduan untuk menguruskan tanaman padi mengikut sasaran yang ditetapkan. Setiap Check Utama mesti dipa...