BIDARA - daunnya dibuat mandi mayat...
(idris bald)
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Assalamuaalaikum pembuka bicara,
Pantun di atas telah diubah, sebenarnya pantun asalnya begini,
Nasi lemak buah bidara,
Daun selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang
saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan....
Maksud kedua-dua pantun di atas sebenarnya tiada kaitan dengan apa yang hendak saya tuliskan. Namun apa yang hendak diceritakan di sini adalah mengenai pokok dan buah bidara atau nama saintifiknya Ziziphus mauritiana.
Pokok Bidara merupakan sejenis pokok renek malar hijau yang tumbuh di Selatan Asia. Pokoknya sederhana besar, berduri yang boleh mencapai ketinggian sehingga 15 meter. Bentuk pokok merimbun, duri stipular dan banyak dahan yang rendang. Buahnya memiliki pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Ia mungkin berbentuk bujur, obovate, lonjong atau bulat, dan ada yang boleh mencecah sehingga 2.5 - 6.25 cm panjang, bergantung kepada jenis.
Pokok Bidara tumbuh dengan pantas dan mempunyai akar tunjang, sangat sesuai ditanam di kawasan kering seperti bekas lombong dan sebagainya. Pokoknya cepat tumbuh dan mula menghasilkan buah dalam tempoh tiga tahun.
Buah Bidara muda berwarna hijau, kuning ketika matang, Isi buahnya berwarna putih dan rangup. Apabila mengkal sedikit, buahnya adalah berair dan mempunyai bau yang menyenangkan. Kulit buah Bidara adalah licin, berkilat, nipis tetapi padat.
Pokok Bidara paling biasa ditemui di kawasan tropika dan sub-tropika. Dikatakan berasal dari Afrika, namun kini tersebar secara meluas di rantau tropika dari India, Afghanistan, China, Australia termasuk Malaysia dan di beberapa kawasan Pasifik
Pokok Bidara tumbuh dengan pantas dan mempunyai akar tunjang, sangat sesuai ditanam di kawasan kering seperti bekas lombong dan sebagainya. Pokoknya cepat tumbuh dan mula menghasilkan buah dalam tempoh tiga tahun.
Buah Bidara muda berwarna hijau, kuning ketika matang, Isi buahnya berwarna putih dan rangup. Apabila mengkal sedikit, buahnya adalah berair dan mempunyai bau yang menyenangkan. Kulit buah Bidara adalah licin, berkilat, nipis tetapi padat.
Apa yang menarik untuk dikongsi bersama adalah daun pokok bidara kerap digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara. Penggunaan daun bidara ini bukan satu kemestian atau kepercayaan tradisi sebaliknya sunah daripada Rasulullah sendiri.
Daunnya juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang
baru suci daripada haid. Dari ‘Aisyah r.a bahawa Asma’ binti Syakal r.a
bertanya kepada Rasulullah SAW tentang mandi haidh, maka beliau bersabda
(maksudnya):
“Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun
pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia
menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat
sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke
seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak
wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana
aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata
kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas
itu).” (Hadith Riwayat Muslim).
No comments:
Post a Comment