Wednesday, May 31, 2017

Pertanian Bandar Jabatan Pertanian Malaysia


 
Tanam sendiri untuk kegunaan keluarga
Program Pertanian Bandar merupakan program yang membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan pembangunan perbandaran adalah penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.

Aktiviti yang sihat untuk surirumah
Aktiviti pertanian di kalangan penduduk bandar bagi mengeluarkan bahan makanan sendiri merupakan satu pendekatan yang praktikal dan dapat mengurangkan perbelanjaan harian berikutan kenaikan kos sara hidup di bandar. 

Berdasarkan kepada situasi tersebut, Program Pertanian Bandar dilaksanakan bertujuan menggalakkan penduduk bandar menanam sendiri sayur-sayuran / tanaman makanan di sekitar kediaman mereka supaya beban kenaikan kos sara hidup dapat dikurangkan.

Beban kenaikan kos sara hidup dapat dikurangkan.


Permohonan Untuk Menyertai Projek / Kursus Pertanian Bandar
Mana-mana ahli komuniti / institusi yang berminat menyertai projek perlu membuat permohonan dengan menggunakan borang yang disediakan seperti di Lampiran 1. Borang boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Pertanian atau / dengan menghubungi Pejabat Pertanian Daerah / Kawasan berdekatan untuk perkhidmatan atau keterangan lanjut. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimajukan kepada ke Pegawai Pertanian Daerah / Kawasan berkenaan.

Selepas permohonan diterima, Pegawai Jabatan Pertanian Daerah / Kawasan akan melawat kawasan projek untuk menentukan lokasi, keluasan projek, kategori projek yang sesuai serta mencadang anggaran keperluan peruntukan untuk dipertimbangkan.

Lampiran 1 - Borang Permohonan Aktiviti / Program Pertanian Bandar

Lampiran 2 - Borang Permohonan Kursus Pertanian Bandar


Skop perlaksanaan program.
  
Selain menyihatkan badan program ini juga dapat
merapatkan silaturahim
> Program dilaksanakan oleh penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan

> Kawasan penanaman diberi fokus kepada kawasan sekeliling rumah, institusi, pejabat, tanah rezab Kerajaan dengan kebenaran bertulis daripada pihak berkenaan, kawasan tanah terbiar dan tanah yang sesuai mengikut tanaman.

Khidmat teknikal Jabatan Pertanian

> Selain khidmat nasihat teknikal, pemberian insentif boleh dipertimbangkan sebagai galakan awal. Insentif adalah dalam bentuk benih/bahan tanaman, input, peralatan kecil pertanian serta kerja-kerja penyediaan kawasan.

> Jabatan Pertanian Negeri berperanan menentukan kawasan aktiviti, jenis kategori dan tanaman berdasarkan kesesuaian kawasan.

> Pelaksanaan program ini akan melibatkan kerjasama pihak berkuasa tempatan, jabatan dan agensi yang berkaitan.


Program dilaksanakan mengikut kaedah ini dijangka mendapat outcome sebagaimana berikut : 
  • Mengurangkan perbelanjaan keperluan dapur peserta projek.
  • Memanfaatkan kawasan lapang di sekeliling rumah.
  • Mengindahkan landskap kawasan.
  • Menimbulkan minat untuk bertani dan menjadikan bertani sebagai satu (1) hobi yang berfaedah.
  • Membantu menjamin keselamatan makanan. 

Gotong royong menanam sayuran

Kepuasan mendapat hasil yang segar dan selamat

Makcik ini boleh kenapa anda tidak?

Silaturahim bermula dengan semaian sebutir benih

No comments:

Post a Comment