Akhir-akhir ini kecenderungan penggunaan mikrob dalam bidang pertanian telah menunjukkan peningkatan dengan pelbagai bentuk produk berasaskan mikrob. Melalui penyelidikan yang lebih canggih ianya telah banyak berada dalam pasaran. Dalam ruangan kali ini,kita akan membincangkan peranan mikrob sebagai kaedah untuk merawat kolam takungan sama ada untuk tujuan penyiraman pokok ataupun untuk tujuan Akuakultur.
Keadaan air kolam yang belum dirawat |
Pencemaran air bagi tujuan pertanian biasanya terjadi apabila berlaku perubahan kimia pada kandungan air dan perubahan fizikal pada warna, bau dan rasa air di kolam takungan. Pencemaran ini terjadi disebabkan dari aliran air permukaan yang membawa bersama partikel-partikel organik, tanah dan sisa baki kimia dari aktiviti ladang ke dalam kolam. Ianya akan membentuk ampaian, kelodak dan enapan. Buangan air kumbahan domestik ke dalam kolam juga menjadi penyumbang kepada pencemaran air pertanian. Sumber air yang tercemar boleh menjejaskan pertumbuhan tanaman dan merosakkan komponen sistem pengairan dalam jangkamasa panjang sekiranya tiada langkah kawalan diambil.
Penggunaan microb berfaedah untuk mengawal kualiti air memang tidak dapat dipertikaikan lagi keberkesanannya. Banyak kajian dan pemerhatian yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak dari dalam dan luar negara menunjukkan bukti jelas bahawa microb berfaedah seperti photosynthetic bacteria, lactic acid bacteria, yeast, actinomycetes dan fermenting fungi mempunyai peranan yang besar dalam membantu meningkat dan mengawal kualiti air bagi tujuan pertanian secara biologi.
Bebola mikrob |
Bebola microb boleh dihasilkan sendiri melalui pemeraman adunan tanah liat, dedak beras, molasus, air tanpa klorin dan larutan microb (EM1/BIM4) berbentuk bebola. Ianya mengandungi indigenous microb berfaedah seperti photosynthetic bacteria, lactic acid bacteria, yeast, actinomycetes dan fermenting fungi. Ia juga mudah disedia, senang diguna dan dapat bertahan lebih lama di dasar kolam. Penggunaannya akan mempercepatkan peningkatan populasi microb berfaedah dalam kolam berbanding kaedah mencurah larutan microb seperti EM1 atau BIM4 terus ke dalam kolam takungan.
Kaedah membentuk bebola mikrob |
Microb berfaedah akan bertindak dengan cara menguraikan segala bahan organan dan sebatian kimia yang mencemarkan air di dalam kolam. Ini akan mempercepatkan proses pereputan semua bahan tersebut. Kesan penguraian dan pereputan yang berlaku dapat meningkatkan kandungan oksigen dan mineral terlarut dalam air serta mengurangkan ampaian, kelodak dan enapan dalam kolam takungan. Air kolam yang dirawat akan lebih jernih, natural dan tidak berbau busuk. Kualiti air yang dirawat adalah selamat untuk kegunaan pertanian, perternakan dan perikanan.
Air kolam yang jernih |
Keberkesanan kaedah ini dapat dilihat dalam tempoh masa sebulan hingga enam bulan bergantung kepada tahap keseriusan pencemaran, jenis pencemaran, jenis aktiviti ladang dan juga populasi microb berfaedah yang terdapat di kawasan tersebut.
Selain kolam tadahan, bebola microb juga boleh digunakan di tangki septik, tangki ternakan ikan, tasik dan juga sungai. Bebola boleh disimpan sehingga 3 bulan di tempat yang tertutup. Langkah penggunaan bebola microb merupakan salah satu kaedah alternative terbaik yang patut diperluaskan penggunaannya untuk memulihara kelastarian sumber air bagi tujuan pertanian dengan kos yang lebih murah dan mesra alam.
Penyediaan Bebola Microb
Bagi
menghasilkan antara 50 – 60 biji bebola microb, sebanyak 10 kg tanah liat, 1 kg
dedak beras, 100 ml molasus, 100 larutan microb dan 2 liter air tanpa klorin
diperlukan. Tanah liat diadun bersama dedak beras dan digaul serata. Sediakan
bancuhan air bermicrob dengan melarutkan molasus dan larutan microb (EM)
seperti sukatan ke dalam air tanpa klorin serta dikacau rata. Tuangkan bancuhan
air bermicrob beransur-ansur ke atas campuran tanah liat dan dedak. Gaul dan
uli sehingga kental dan boleh dibentuk seperti bebola.
Bebola
perlu ditutup dengan kertas atau guni untuk pemeraman di tempat teduh pada suhu
bilik. Misilium berwarna putih akan mula kelihatan pada hari ke 2. Keseluruhan
bebola akan disaluti misilium ini selepas seminggu pemeraman.
Bebola
microb digunakan selepas 2 minggu diperam. Iaitu apabila bebola telah kering
dan agak keras.
Cara penggunaan
Kuantiti
bebola yang diperlukan adalah bergantung kepada jumlah isipadu air kolam
tadahan. Sebiji bebola boleh digunakan untuk 1 - 3 meter padu air. Kadar ini
bergantung kepada tahap pencemaran sesuatu kawasan. Campak atau baling bebola
microb ke setiap bahagian dalam kolam pada jarak 1-2 meter antara bebola. Untuk
mendapat kesan yang lebih baik ulangi setiap bulan selama 3 bulan.
No comments:
Post a Comment