“BLACK MADRAS” diharamkan penanamannya di Malaysia
Padi (Oryza sativa L.) merupakan tanaman utama
di Malaysia kerana beras/nasi merupakan makanan ruji bagi penduduk di Malaysia dan majoriti penduduk di rantau Asia ini.
Pada tahun 2008 negara dikejutkan dengan KRISIS MAKANAN DUNIA khususnya
kenaikan harga dan kekurangan bekalan beras.Antara faktor yang menyumbang
kepada keadaan krisis ini adalah disebabkan oleh penawaran yang tidak dapat
memenuhi kehendak permintaan. Pada masa itu pengeluaran padi didalam
Negara hanya menyumbang 70% daripada
keperluan padi Negara dan selebihnya perlu diimport dari luar Negara untuk memenuhi permintaan dan keperluan padi
di dalam Negara. Keadaan kekurangan bekalan beras dan kenaikan harga ini
sedikit sebanyak mencetuskan rasa panik dan huru hara dikalangan masyarakat.
Kementerian
Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Pertanian Malaysia antara
agensi yang dipertanggungjawapkan untuk menilai dan mengatasi masalah ini.
Untuk memastikan krisis seperti ini
tidak berulang, beberapa langkah telah diperkenalkan untuk memastikan kita
dapat mengharungi kriris makanan di masa hadapan. Antaranya meningkatkan tahap
saradiri pengeluaran beras Negara dari 72% kepada 80% menjelang 2020,
mewujudkan stok penimbal beras yang mencukupi untuk 3 bulan.

Mutakhir
ini, ada pihak-pihak yang telah mengambil inisiatif untuk membawa masuk
benih-benih padi dari luar Negara yang
tidak diuji kualiti dan mutu benih padi tersebut. Walaupun tujuannya adalah
untuk meningkatkan hasil padi tetapi secara tidak langsung membawa risiko yang
lebih besar kepada industri padi didalam Negara. Beberapa tahun lepas cubaan
petani untuk menanam benih padi yang dibawa masuk secara haram dari Pakistan
dan Vietnam telah menyebabkan tularnya penyakit Hawar Daun Bakteria(BLB), Jalur
Daun Bakteria(BLS) dan karah dan penyakit-penyakit ini sehingga kini sukar
dihapuskan dan telah menjejaskan hasil tanaman padi tempatan. Kira-kira sepuluh
tahun yang lalu industri padi khususnya di negeri Perlis
berhadapan
penyakit padi merah yang disebabkan sejenis virus daripada benih padi yang
dibawa masuk secara haram dari Thailand. Kini tular tentang penanaman padi
Black Madras di dalam negeri Perlis yang masuk kedalam Negara tanpa melalui
pemeriksaan dan kuarantin tanaman dan kemasukan benih secara tidak sah ini
turut sama mengundang risiko penyakit-penyakit baru yang mungkin dibawa masuk
bersekali dengan benih yang dibawa masuk. Selain daripada risiko penyakit dan
serangga kepada industri padi tempatan, semua padi tidak sah yang diseludup
masuk kedalam Negara ini adalah salah disisi undang-undang dan boleh dikenakan
tindakan dibawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 jika sabit kesalahan.
Benih Padi Sah
Penggunaan benih padi yang tidak sah menyebabkan kekurangan hasil, penyebaran penyakit serta
merugikan pesawah dan Negara dari segi penurunan hasil dan pendapatan pesawah
dan Negara. Untuk memastikan petani di Malaysia menggunakan benih padi yang sah
dan mematuhi Amalan Pertanian Baik, Jabatan Pertanian serta lain-lain agensi
yang terlibat dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa mengadakan sesi penerangan dan aktiviti
pengembangan untuk memberi kesedaran dan kefahaman tentang penggunaan benih
padi sah dan risiko-risiko penggunaan benih padi tidak sah bagi memastikan
bekalan benih padi yang dijamin kualitinya seterusnya dapat menyumbang kepada
peningkatan pengeluaran. Kementerian juga mempunyai undang-undang yang secara umumnya
mengawalselia padi dan beras di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta
522).Selain itu bagi langkah untuk memperkukuhkan dan memperkemaskan mekanisma
penguatkuasaan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sedang menyediakan undang-undang yang khusus berkaitan kualiti
benih melalui Rang Undang-Undang Kualiti Benih.
Walaupun
pelbagai langkah telah diambil didalam usaha untuk menggalakkan petani
menggunakan benih padi sah tetapi masih terdapat laporan-laporan mengenai
aktiviti penggunaan benih padi yang tidak sah. Benih-benih padi tidak sah ini
wujud kerana ada pihak-pihak tidak bertanggungjawap yang memperdaya petani
dengan menjual benih padi yang tidak sah seperti yang disyorkan. Dalam hal ini,
petani telah sedia maklum dan faham akan kaedah
penggunaan benih padi sah tetapi oleh kerana harga benih padi sah yang
sedikit mahal menyebabkan petani telah beralih kepada sumber yang lebih murah
dan tidak mendapat pengesahan Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian Malaysia dari masa ke
semasa sentiasa memantau dan memastikan
dasar yang ditentukan oleh kerajaan dapat memenuhi keperluan hasil padi Negara
terutamanya dalam mencapai tahap sara diri. Adalah menjadi tanggungjawap semua
pihak untuk memastikan bekalan yang mencukupi dengan keselamatan makanan
menjadi agenda yang wajib dikawal disetiap peringkat.
Padi ‘Black Madras’

Deskipsi Botani
Nama Botani
: Oryza sativa ‘Black Madras’
Nama Biasa : Padi Daun Ungu (Purple-leaved Rice)
Ornamental
rice Black Madras
Black
Madras
Genus : Oryza
Famili : Poaceace, dari keluarga Rumput
Jenis
Pendebungaan : Pendebungaan Sendiri (Self pollination)
Keperluaan
Suhu : 20°C - 33°C
Taburan Hujan : 200
– 300 mm/bulan
Kesesuaian
Tanah : Tanah liat , liat berkelodak, tanah liat peroi, tanah
gembur pasir
pH Tanah : 5.5 – 6.5
Tempoh
Matang : 95 – 100 hari lepas tanam
Potensi
Hasil : 6 – 7 ton/hektar
Morfologi Tumbuhan
Batang : Ruas berongga tegak, tinggi 100cm
Bahagian
buku batang dan ruas terdapat daun dan
kudup
daun yang boleh membesar menjadi anak padi
Akar : Akar jenis serabut terdiri daripada
tiga akar sulung
dan
akar luar biasanya bercabang-cabang
Daun : Setiap buku menghasilkan lai
daun(10-20helai daun)
Daun
pengasuh terletak paling atas dimana boleh
didapati
cuping atau upih daun
Daun
berwarna hijau cerah bawah 30 hari dan bertukar
warna
ungu kehitaman selepas itu
Panikel(tangkai
buah) : Panikel
(tangkai buah) dikeluarkan di buku ruas yang paling atas
Mempunyai
cabang utama, kedua dan ketiga dimana semasa
berlaku
pendebungaan, tangkai berkeadaan tegak dan condong
bila
berisi
Bunga Padi : Bunga Padi (spikelet) mempunyai dua kelopak yang
melindungi
bahagian-bahagian
dalam bunga
Padi
adalah jenis hermaphrodite iaitu bunga jantan dan bunga
betina
terdapat dalam satu bunga
Floret : Terdiri daripada permukaan yang keras
iaitu lemma dan palea
dan
diantaranya terdapat bunga lengkap yang terdiri daripada
enam
stamen, satu pistil dan dua lodicule
Biji Padi : Terdiri daripada ovari yang masak, lemma dan palea, anak
jentu
(rachilla),
lemma mandul dan janggut jika didapati
Kesimpulan
- Bahagian Biosekuriti Tumbuhan, Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah
mengeluarkan laporan P&R pada
29 Disember 2018 dan akan menghantar sampel padi tersebut untuk ujian
selanjutnya ke Makmal Patologi Kuala Lumpur pada 10 Januari 2018.
- Tujuan penghantaran sampel
tersebut adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis perosak seperti bakteria,
kulat, nematode atau virus yang
merbahaya yang boleh mengancam industri tanaman padi negara.
- Tindakan lanjut akan diambil
setelah ujian dari Makmal Patologi siap disediakan dan hasil ujian yang
akan dikeluarkan kelak akan menjadi penanda aras kepada bentuk tindakan
yang akan diambil.
- Tindakan jangka pendek yang
telah diambil ialah kawasan penanaman padi di Tambun Tulang telah
dikuarantin oleh pihak BBT Negeri Perlis dan agensi-agensi lain yang
terlibat seperti MARDI, MADA, MAQIS dan Unit Kawalselia Padi.
- Penanam juga telah dinasihatkan
untuk tidak meneruskan rancangannya untuk menghasilkan benih padi yang
akan dijual kepada orang ramai. Penanam juga telah berjanji untuk
menggunapakai sendiri hasil padi Black Madras yang akan dituai nanti.
- Pihak BBT Negeri Perlis juga
mencadangkan agar semua aktiviti penanaman padi dari jenis ‘Black Madras’
ini dihentikan kerana jelas benih padi yang dibawa masuk adalah secara
seludup/tidak sah.
- Pada 21/1/2018 Timbalan Menteri
Pertanian telah mengarahkan agar pesawah tidak menanam padi dari jenis
Black Madras ini. Penggunaan bahan benih yang tidak disahkan boleh
mengakibatkan kerugian besar kepada industri padi Negara melalui.
- Jabatan Pertanian dan semua agensi
terbabit akan terus memantau dan memberi penerangan kepada pesawah-pesawah
di Malaysia akan bahaya menggunakan benih padi tidak sah. Kawalan pintu
masuk sempadan akan diketatkan untuk mengawal kemasukan benih-benih padi
tidak sah ini.
Disediakan
oleh :
Jabatan Pertanian Negeri Perlis
Disunting oleh : Yunif Ibrahim Ahmad