Thursday, November 9, 2023

Buku Panduan Hari, Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2023

Ini adalah buku panduan jika anda mengunjungi Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2023. 10 hingga 12 November 2023 Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Saturday, January 1, 2022

 



Daripada sudut pertanian ianya;

Merupakan sejenis bahan yang dihasilkan daripada sumber-sumber tanaman atau hasil fementasi bagi tujuan menghalau atau menyakiti serangga daripada menyerang atau merosakkan tanaman dan kadang-kadang boleh bersifat membunuh serangga dalam keadaan tertentu

FUNGSI BIO PEST

      Menghalang serangga dan penyakit

      Bertindak membentuk lapisan pelindung dengan mencemarkan makanan serangga melalui proses penapaian

      Melemaskan dan menimbulkan ketidakselesaan

CIRI-CIRI BAHAN YANG DIGUNAKAN

      Mempunyai rasa yang pahit

      Mempunyai bau/aroma

      Mempunyai getah

CONTOH BAHAN YANG DIGUNAKAN

      Serai wangi

      Halia

      Bawang putih

      Daun neem

      Daun betik

      Aloe vera

      Tembakau

      Daun durian belanda



Allium sativum (Garlic)




      Effective plant parts : Bulbs

  Target pests : American bollworm, Aphids, Army worm, House fly, Mites, Onion thrips, Potato tuber moth, Whitefly

Annona (Soursop, Custard apple, Sweetsop)





      Effective plant parts : Leaves, seeds, unripe fruits

 Target pests : Aphids, Brown rice planthoppers, Caterpillars, Chrysanthemum aphid, Diamondback moth, Green rice planthoppers, Mediterranean fruitfly, Oriental fruitfly, White-backed rice planthoppers.

Azadirachta indica (Neem)



      Effective plant parts : Leaves, seeds

   Target pests : American bollworm, Ants, Banana pseudostem borer, Bean pod borer, Brown/Green rice planthopper, Cabbage worm, Citrus leaf miner, Cutworm, Diamondback moth, Army worm, Flea beetle, Leaf miner, Mites, Rice leaf folder, Rice stalk borer, Rhinoceros beetle, Scales, Stem borer, termites, Thrips, Witefly, Khapra beetle, Lesser grain borer, Rice weevil, Maize weevil.

    (Deseases : Grey leaf spot, Powdery mildew, Basal stem rot, Viruses)

Capsicum frutescens (Chilly)




      Effective plant parts : Fruits

 Target pests : Ants, Aphids, Caterpillars, Colorada beetles Diamondback moth, Leaf cutting insects, Mites, Scales, White fly, slugs.

  (Diseases : Cucumber mosaic virus, Cucumber ringspot virus, Tobacco mosaic virus, Tobacco mosaic virus )

Carica papaya (Papaya)




      Effective plant parts : Leaves, seeds, unripe fruits

  Target pests : Flower thrips, Fruit flies 

(Diseases : Coffee rust, Leaf rust, Mosaic virus, Powdery mildew)

Derris epillica (Derris)




      Effective plant parts : Roots

  Target pests : American bollworm, Aphids, Army worm, Asian corn borer, Cabbage head caterpillar, Caterpillars, Diamondback moth, Flea beetle, Fruit flies, Melon aphids, Stink bugs, Thrips .

Zingziber officinale (Ginger)




      Effective plant parts : Rhizome

 Target pests : American bollworm, Aphids, Thrips, Whitefly, Root knot nematode. 

(Diseases : Brown leafspot of rice, Manggo anthracnose)


KAEDAH-KAEDAH PEMBUATAN DAN APLIKASI

FORMULASI 1

      Bawang putih 20g

      Cili api 20g

      Daun Neem 20g

      Minyak gas 10ml

      Pelekat atau sabun 10ml

      Air bersih 10 liter air

        Untuk kawalan white fly, jenis serangga terbang, semut hitam dan koya


FORMULASI 2

      Tembakau 30g

      halia 20g

      Minyak gas 20ml

      Pelekat atau sabun 10ml

      Air bersih 10 liter air

      Untuk kawalan jenis-jenis kulat, hama, semut dan koya


FORMULASI 3

      Daun neem 30g

      Limau purut 20g

      Cili api 20g

      Sabun atau pelekat 50ml

      Air bersih 10liter

        Untuk kawalan hama, kutu trip dan afiq dan jenis serangga penghisap


FORMULASI 4

      Daun durian belanda 30g

      Daun limau purut 20g

      Halia 20g

      Bawang putih 20g

      Minyak gas 20ml

      Pelekat atau sabun 10ml

        Untuk kawalan penyakit berkaitan kulat dan bakteria


KAEDAH PEMBUATAN

      Bahan tanaman di blander atau dikisar

      Kesemua bahan dicampur

      Diperam selama seminggu

      Pemeraman seeloknya dikawasan tertutup dan suhu bilik

      Selepas seminggu boleh tapis dan boleh terus guna


PENGESYORAN BIO PEST

    Digalakkan pembuatan BIO PEST dalam pelbagai jenis  sebagai contoh guna EXSTRAK TANAMAN yang mengeluarkan aroma dan rasa yang berbeza bagi mengelakkan serangga daripada imun terhadap kesan yang sama


PENYIMPANAN

      Perlu disimpan di tempat gelap yang bersuhu bilik

      Tak boleh disimpan ditempat sejuk  atau terdedah cahaya

      Jangan simpan terlalu lama kerana kerbekesanan akan berkurangan


APLIKASI BIO PEST

      Aplikasi bio pest repellant ini digalakkan cecara bergilir-gilir sebagai contoh minggu 1 guna formula 1 kemudian minggu 2 guna formula 2 dan begitulah seterusnya bagi mengelakkan serangga cepat imun


KESIMPULAN

   Kecekapan penggunaan bio pest bergantung kepada jenis bahan yang digunakan dan kaedah mengaplikasikanya kerana kedua-dua pekara ini mempengaruhi keberkesanan biopest yang digunakan secara langsung


CONTOH KESAN PENGGUNAAN  BIO PEST REPELLANT KEATAS SERANGGA


SEBELUM DAN SELEPAS

SEBELUM DAN SELEPAS

SEBELUM DAN SELEPAS

SEBELUM DAN SELEPAS

SEBELUM DAN SELEPAS

SEBELUM DAN SELEPAS

SEBELUM DAN SELEPAS


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dan kearah pertanian lestari.


Sumber : : Wan Mohammad Zukarnain Bin Baharudin , Timabalan Pengarah Pembangunan, Jabatan Pertanian Negeri Selangor.


















Thursday, December 2, 2021

Program keselamatan makanan yang belum selamat




PROGRAM keselamatan makanan (food security program) kini diuji sama ada ia benar-benar selamat atau sebaliknya.

Baru diuji dengan kenaikan harga, kita mula bertelagah dan ada tanda-tanda pemimpin serta pihak berkuasa cuba berdalih.

Satu persatu blueprint dilancarkan. Pelbagai dasar digubal. Realitinya pengguna terus menanggung kepayahan hidup manakala petani, nelayan dan penternak tradisional terus dicengkam kemiskinan kerana hasil keringat dituai tak setimpal apa yang disakukan.

Ramai rakan-rakan bertanya saya apakah jalan penyelesaian kepada kemelut jaminan keselamatan makanan yang sejak kebelakangan ini hangat didebatkan.

Umum tahu, program keselamatan makanan juga ada kaitan dengan komuniti ekonomi luar bandar manakala pengedaran, peruncitan, import makanan dan import input sektor ini adalah bisnes dikuasai kartel yang amat bepengaruh, yang sedikit sebanyak ada kaitan pula dengan gerakan ekonomi hitam. Apabila pihak-pihak ini menetapkan apakah harga yang rakyat perlu bayar, tiada mana-mana pihak berani bersuara atau berupaya menghalang hasrat mereka.

Kerajaan di era kepimpinan Tun Razak telah mencuba menangani isu ini menerusi dua inisiatif besar. Pertama, apabila kerajaan menganjurkan KEB 1 1965 pada 5-7 Jun 1965, yang berkesudahan dengan penubuhan beberapa agensi utama pembangunan ekonomi luar bandar, terutama MARA, BPM dan FAMA. Tak perlulah dihuraikan di sini apakah fungsi utama setiap agensi itu. Selepas beberapa tahun berlalu, terutama apabila kerajaan menggubal RMK-1 (1966-1970), misi KEB 1 itu sukar dilaksanakan kerana pelan pembangunan ekonomi RMK -1 itu adaptasi model ekonomi pasaran terbuka, yang menghalalkan blok kapitalis terus mencengkam dan menindas rakyat dan pengguna.

Kedua, bila DEB 1970 dilancarkan, Tun Razak mencuba sekali lagi. Kali ini beliau menggerakkan komuniti ekonomi luar bandar (petani, penternak dan nelayan) untuk mengurus ekonomi mereka sendiri.


Tan Sri Raden Soenarno ditugaskan mengetuai sepasukan pegawai “frontliners” pelbagai lapisan di Jabatan Pertanian, untuk menimba ilmu pengurusan koperasi pertanian dan koperasi kewangan pertanian dari Taiwan. Bayangkan, pada awal tahun 1970-an, setakat manalah kemajuan ekonomi Taiwan. Akan tetapi, Tun Razak ada misi dan keyakinannya tersendiri terhadap model gerakan koperasi pertanian dan koperasi kewangan pertanian di Taiwan.



Pasukan Tan Sri Raden membawa pulang keseluruhan pakej gerakan itu dan dipersembahkan kepada Tun Razak dengan penuh keyakinan akan model ekonomi pertanian yang paling praktikal untuk golongan komuniti ekonomi luar bandar di Malaysia yang ketika itu rata-rata dianggap antara komuniti ekonomi yang paling rendah tahap pendidikannya.

Diarahkan oleh Tun Razak untuk gerakan itu di surrogate kan di Jabatan Pertanian, atas nama Persatuan Peladang Malaysia, meniru bulat-bulat model Taiwan Farmers Association (dikenali seluruh dunia sebagai Taiwan FA).


Bila gerakan itu menghasilkan impak yang amat menakjubkan, dengan para petani sendiri menganggotai dan menerajui Persatuan Peladang Kawasan, Negeri dan akhirnya Persatuan Peladang Kebangsaan (ringkasnya NAFAS), di bawah bimbingan para pegawai di Jabatan Pertanian, ada pula pihak yang memandai-mandai merombak model itu menjadikannya pertubuhan peladang ala Malaysia.


Saya masih ingat semasa Persatuan Peladang Pontian ditubuhkan, ayah saya adalah di antara petani paling awal menyertai gerakan itu.

Pegawai Pengembangan di Jabatan Pertanian Pontian bekerja keras menyakinkan para petani akan manfaat bila mereka sendiri memiliki pertubuhan itu dan menguruskan bisnes kepentingan mereka, dengan bimbingan serta mudah cara para pegawai di jabatan berkenaan.

Bila tamat pengajian dari Intitiut Pertanian Semenanjung Malaysia, Serdang pada November 1972, saya ditugaskan di Jabatan Pertanian Johor dan ditempatkan mengetuai Unit Perakaunan di Persatuan Peladang Negeri Johor, iaitu pertubuhan berkenaan di peringkat negeri.



Kejayaan dan kenangan manis itu melekat dalam memori saya hingga kini.

Malangnya, seperti saya katakan, umur Persatuan Peladang model asal Taiwan FA amat singkat. Oleh kerana kejayaannya terlampau cemerlang dalam masa terlalu singkat maka banyaklah kepala bijak pandai Melayu dalam kalangan penjawat awam merasakan mereka lebih bijak mengislahkan model asal gerakan koperasi itu menjadi pertubuhan entiti baharu, dipindahkan dari bawah ketiak Jabatan Pertanian.

Adalah silap mengatakan kejayaan model Taiwan FA itu adalah kerana gerakan koperasi. Bukan. Kejayaan itu ialah kerana fungsi pengembangan pertanian yang menjadi kunci kejayaan gerakan itu.

Sejak pengislahan gerakan persatuan peladang itu, isu ekonomi pertanian dan ekonomi luar bandar kembali ke dunia asalnya.

Sekadar perbandingan, di UK, Australia dan New Zealand misalnya, mereka dalam kalangan professional agriculturists menubuhkan jaringan firma pengurusan seperti nama Farm Advisory Service Team (FAST), bagi menawarkan khidmat pengurusan pakej lengkap, kepada para petani yang dianggap “educated”. Kejayaan FAST juga pada kunci yang sama, tetapi fungsi pengembangan pertaniannya sesuai dengan tahap ilmu petani mereka.




Kini isu berkaitan pertanian, pengeluaran makanan dan komuniti ekonomi luar bandar berada di bawah lima kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, KP&K, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kemenenterian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, malah di Jabatan Perdana Menteri (FELDA).

Itu belum mengambil kira peranan beberapa kementerian dan agensi yang boleh turut dikaitkan sama. Bilangan agensi terbabit tak usahlah nak disenaraikan, sebab terlalu banyak. Dasar sudah bersilih ganti. Satu demi satu blueprints terhasil. Apa lagi yang kurang? Tiada.

Di pihak pengguna pula, isi periuk nasi mereka ditentukan oleh kartel yang menguasai rantaian bekalan dan keselamatan makanan. Ini bukan isu baharu. Isu ini akan terus menghantui pengguna sekalipun ratusan dasar dan blueprints telah kerajaan hasilkan.

Bila tercetus kemelut, ada satu pihak akan dijadikan kambing hitam, iaitu “orang tengah”. Siapa “orang tengah” ini, tentulah Ah Chong & Co. Sistem penyampaian agensi awam, korporat dan swasta serta kekalutan politik tidak pernah menjadi penyebab kepada kemelut ini yang sering diulang tayang.

Dalam kalangan akademia pun berlumba-lumbalah menulis rencana menghuraikan pelbagai teori ekonomi dan kemasyarakatan, bagaimana kemelut ini tercetus berulang kali.

Janganlah tanya sama ada saya ada ilham lain bagi mengembalikan kegemilangan era petani miliki dan urus tadbir sendiri gerakan ekonomi kepentingan mereka. Selepas hampir 50 tahun meninggalkan PPNJ saya tiada ilham baharu dan tiada jalan penyelesaian bagaimana isu ekonomi pertanian dan segala isu berkaitan dengannya boleh diselesaikan.

Namun, jika dalam kalangan netizen yang memiliki teknologi serta pasionate menceburi sektor ekonomi agromakanan ini, saranan saya ialah mereka wajib bermula dengan membina rangkaian ekonomi sesama sendiri di sepanjang rantaian nilai sektor ini, termasuk pembentukan jaringan dengan sekutu agritech di beberapa negara jiran dan rantau Asia. Maksud saya ialah, mereka wajar membina jaringan ekonomi sendiri yang dipacu oleh gerakan ekonomi yang mereka nakhodakan sendiri.

Dengan ekonomi digital semakin canggih, hubungan mereka bukan sekadar sesamanya saja, malah mereka kini boleh terus berurusan dengan pengguna (B2C). “Petani’ alaf baharu ini boleh membina dan menggunakan “trade super highway” mereka sendiri terus berurusan dengan pengguna.



Biarlah netizen mencorakkan apakah agenda keselamatan makanan yang mereka perlu bina jika mereka nak selamat. Masa depan adalah masa mereka, yang dicorakkan mengikut acuan mereka, kecuali jika mereka juga memilih corak yang kami kini lalui.

Bagi mereka yang seangkatan dengan saya, kita terimalah apa saja blueprints yang dihasilkan. Jika nak jaminan keselamatan makanan, binalah jaringan jaminan sendiri.

Penulis : Datuk Dr. Hasan Mad

Penulis merupakan Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM)

Sumber : https://utusantv.com/2021/12/02/program-keselamatan-makanan-yang-belum-selamat/